Hi! Assalamualaikum. Saya merupakan doktor in-charge di Klinik Keluarga Kuala Muda, Penaga, Pulau Pinang.

========================================================================
OUR STORY

Klinik Keluarga adalah rangkaian klinik swasta yang diyakini dan telah memberi perkhidmatan dalam bidang kesihatan selama 28 tahun. Ianya 100% dibangunkan dan dimiliki oleh bumiputera.
Klinik Keluarga diasaskan pada tahun 1991 oleh Dr Hassan Hj Ahmad, bertempat di Taman Mahsuri, Sg Dua, Pulau Pinang. Demi keselesaan pelanggan dan penambahbaikan, Klinik Keluarga kemudiannya berpindah dan beroperasi di Pokok Sena pada tahun 1996-2000, seterusnya ke Taman Koskam pada tahun 2000 sehinggalah sekarang.
Seiring dengan perkembangan, kepercayaan dan sokongan masyarakat setempat, Klinik Keluarga telah berjaya menambah cawangan ke-2 di Bandar Putra Bertam pada Julai 2017 seterusnya cawangan terbaru di Kuala Muda, Penaga pada September 2019.
Doktor-doktor bertugas di Klinik Keluarga sentiasa komited dan konsisten dalam memberikan rawatan dan nasihat kesihatan yang baik serta profesional mengikut garis panduan perubatan yang terkini.
Klinik Keluarga berusaha menyediakan peralatan perubatan serba lengkap dan terkini termasuklah menyediakan ruang yang kondusif dan selesa sesuai dengan kehendak pelanggan.
Dengan adanya teknologi ultrasound scan 2D, 3D, 4D dan 5D, Klinik Keluarga seringkali menjadi pilihan bagi perkhidmatan scan dan pemeriksaan ibu mengandung serta masalah berkaitan wanita seperti ketidakseimbangan hormon dan haid, pemeriksaan kesuburan, pap smear dan masalah ginekologi yang lain.
Selain pemeriksaan dan penjagaan kesihatan untuk kanak-kanak, dewasa lelaki dan wanita serta warga tua, Klinik Keluarga juga menyediakan pelbagai perkhidmatan lain termasuklah rawatan masalah kulit, pembedahan kecil, berkhatan, vaksinasi termasuklah vaksinasi kanak-kanak, haji & umrah. Kemudahan sedia ada juga merangkumi pemeriksaan kesihatan seperti ujian darah, ECG dan nebulizer.
Klinik Keluarga keseluruhannya mempunyai impian yang besar dalam misi menambah baik kesihatan dikalangan komuniti disamping mengekalkan kualiti perkhidmatan secara berterusan.
========================================================================

Jika anda mencari servis Scan 2D atau scan 5D sekitar Penang dan Kedah, jemputlah datang ke Klinik Keluarga Kuala Muda.

Pakej scan 5D :-
- 2 keping gambar berwarna dengan imej yang jelas dan cantik.
- FREE DVD
- Free 2D & 4D scan
- Free report perkembangan bayi
- Report perkembangan bayi ini termasuk sekali ukuran dan berat bayi, air ketuban, kedudukan uri, degupan jantung dan jantina.
- Waktu yang paling ideal untuk scan 5d ialah bila kandungan 25-32 minggu.
LOKASI :
KLINIK KELUARGA KUALA MUDA, KAW. 1-20 LOT KEDAI DESA KUALA MUDA, TAMAN DESA KUALA MUDA, 13100 PENAGA, PULAU PINANG.
TEL : 010 3574870