Simply Delicious! Fish with crunchy garlic and soy sauce

Malam ini saya masak menu mudah.

Ikan bawal emas dengan bawang putih dan kuah kicap atau dipanggil ‘fish with crunchy garlic and soy sauce.’

Suami balik dari vaksinasi, badan nak demam.
Makan lauk ni, bertambah pula dia. Alhamdulillah.

=======

  1. Bawang putih, dicincang dan goreng sehingga kekuningan.
  2. Ikan dibersihkan dan dilumur dengan sedikit garam. Nak efek rangup, saya sapu rata sedikit tepung jagung di atas ikan. Goreng ikan menggunakan baki minyak goreng bawang putih tadi.
  3. Kuah kicap.
    Campurkan semua bahan di bawah. Masak sehingga mendidih. Boleh adjust ikut citarasa sendiri.

1 sudu kecil minyak (guna minyak goreng bawang putih)
2 sudu besar kicap cair
2 sudu besar kicap pekat manis (saya guna kicap Mudim)
1 sudu kecil sos ikan
1/2 cawan air
1 inci halia – hiris halus
1 sudu kecil minyak bijan
Sedikit serbuk lada putih
2 sudu kecil jus limau

(Gandakan bahan kuah 2x jika menggunakan 2 ekor ikan)

  1. Bahan hiasan, hirisan lada merah dan daun bawang.

Anak-anak pun suka sebab tak pedas.
Boleh juga makan dengan bubur nasi.

Selamat mencuba!

Najwa Hamidi

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s