Jawapannya YA 3000 kali!
Saya memang suka menyimpan kenangan tak kiralah dari segi gambar ataupun video.
Sebenarnya tak perlu video yang cantik, asal ada sahaja. Kalau dapat buat elok, itu bonus.
Waktu pandemik sekarang ini, tak dapat nak keluar berjalan. Sekurang-kurangnya dapat melepas rindu dan mengimbau kenangan dengan melihat semula video kami sekeluarga di channel youtube sendiri.
Waktu ini, hampir setiap hari berita kematian ahli keluarga dan sahabat handai berlegar di ruang media sosial. Sama-sama kita doakan semoga setiap mereka ditabahkan hati menghadapi dugaan yang berat ini.
Kita ini, pasangan, anak-anak, semuanya adalah pinjaman dari Tuhan. Di antara kita, entah siapa yang akan pergi dulu.
Teruslah berkasih sayang & menghargai antara satu sama lain. Tiada salahnya kita menyimpan kenangan kerana kenangan itu indah dan kelak mendewasakan.
Najwa Hamidi