Bukan semua orang yang menghidapi masalah batu dalam pundi hempedu mempunyai simptom atau gejala.
Jika anda mencari tempat di mana boleh scan batu hempedu di Penaga, Kepala Batas & Butterworth Penang, anda boleh terus ke Klinik Keluarga Kuala Muda, Penaga.
Klinik ini hanya 20 minit dari Butterworth, 20 minit dari Kepala Batas.
Penyakit batu hempedu ini dikaitkan dengan makanan tinggi lemak dan ianya sering di hadapi oleh rakyat Malaysia.
PEMAKANAN KITA JADI PUNCA!

Pundi hempedu ini merupakan sejenis karung yang terletak di bawah hati kita. Ia menyimpan cecair hempedu yang penting untuk penyerapan & pencernaan lemak.
Tiga komponen utama cecair hempedu adalah kolesterol, garam hempedu dan bilirubin. Apabila berlaku ketidakseimbangan cecair hempedu ini, ia boleh membentuk batu karang hempedu. Saiz batu pula boleh menjadi semakin besar dan bertambah banyak.
“Pernahkah anda membuat ujian bagi menguji tahap kolesterol dalam darah?”
Di bawah ini saya kongsikan beberapa gambar hasil ultrasound pesakit yang datang mengadu sakit bahagian kanan atas abdomen. Sakitnya semakin ketara setiap kali selepas makan (kerana selepas makan, proses penyerapan dan pencernaan lemak akan berlaku).
“Analoginya, kita andaikan ada satu botol yang berisi beberapa biji guli, lalu botol itu dikocakkan……..sakit? Sudah tentu!”



Batu hempedu ini boleh menyebabkan keradangan dan jangkitan kepada pundi hempedu dan boleh menyebabkan demam. Apabila batu-batu ini menghalang aliran cecair hempedu, pesakit boleh menghidapi jaundis atau kekuningan pada kulit dan mata. Selain itu ada juga yang alami gejala loya dan muntah.
Ada juga pesakit yang tersalah anggap sebagai “sakit gastrik”. Namun, setelah beberapa kali makan ubat gastrik, rasa sakit itu tidak lega.
Pesakit di atas telah pun di rujuk ke hospital untuk rawatan lanjut.
Jika anda pernah mengalami tanda dan gejala seperti di atas, ada baiknya jika kita lakukan pemeriksaan lanjut dan juga ultrasound abdomen.

Sampai jumpa lagi ya!
Insyaallah saya akan kongsikan lagi pelbagai kes menarik disini.