Tempat menarik di Perlis : View Point Wang Kelian

Saya kongsikan perjalanan ke ‘view point’ Wang Kelian, Perlis.

1. Kalau anda sukakan pengalaman baru dan cintakan keindahan alam serta suka ambil foto, tempat ini perlu sampai ok!

2. Paling cantik waktu tunggu matahari terbit. Kalau boleh pukul 7am berada di view point ni. Jadi harus rancang perjalanan dengan betul. Kami bertolak jam 5 pagi dari Sungai Petani.

3. Orang kata, pemandangan ‘awan karpet’ sangat cantik dari sini. Waktu kami sampai tak berapa nak ada awan sangat. Tapi pemandangannya, Subhanallah, cantik dan menenangkan.

4. Di kawasan ini tiada kafe atau chalet. Hanya tapak kosong, tempat melihat pemandangan. Gerai minum pagi ini khabarnya hanya ada pada hari minggu. Tandas pun tak ada di atas ya.

5. Datang hari biasa (weekdays), tak ramai orang. Jaga jarak, pakai mask di tempat awam.Di bahagian masuk ada yang menjaga, periksa suhu anda.

6. Lokasi, boleh lihat sini https://g.co/kgs/C92dTU. Jalan menghala ke Wang Kelian, ada satu susur kiri, naik atas bukit menuju ke View Point.

Berbaloikah datang jauh-jauh ni?

Kalau anda suka explore satu-satu tempat baru macam kami, serius berbaloi.

Kalau jenis suka cantik-cantik pergi shopping mall, ini bukan tempat dia. Haha. Sebab akan timbul rasa ‘tak ada benda’ pun di atas ni.

Lepas turun boleh pergi mana?Tasek Timah Tasoh tak jauh dari situ.Perlis memang cantik.

Kami belum habis explore.

Sekian,

Najwa Hamidi.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s