
Syukur alhamdulillah.
Asbab PKP ini, masa cuti hujung minggu hanya dihabiskan di rumah.Akhirnya siap juga karya penulisan kreatif yang perlu dihantar hujung bulan ini.Ia akan diterbitkan sebagai sebuah buku yang menghimpunkan kisah-kisah hebat – Legasi Abah hasil bimbingan Puan Sri Diah Shaharuddin.
(Maafkan saya kerana masih berhutang beberapa tugasan awal. Akan saya usahakan dalam masa terdekat).
Terima kasih Puan Azmin Budiati atas suntikan semangat. Pada awalnya mungkin beliau dapat menghidu yang saya akan mengalah dan menarik diri.
Kata beliau,
“Jika kita tidak menulis sekarang, kenangan itu akan beransur pergi seiring waktu. Lama-kelamaan kita tidak mengingati momen itu lagi.”
“Jika kita serahkan kepada yang lebih berhak (Allah Yang Maha Mengatur), kita mudah dan lapang.”
Terima kasih kak Norhafhizah Suliman atas perkongsian dan sokongan.
Dalam kumpulan saya sendiri ramai yang hebat-hebat dalam penulisan. Inferioriti yang menebal selalu jadi penghalang untuk ke depan. Tapi kali ini masanya untuk saya sondol tembok malu.
2 hari ini, entah berapa puluh kali saya putar lagu ‘Kamu dan kenangan’ dendangan Maudy Ayunda semata-mata untuk ambil mood menulis.
‘Ayah mungkin terlihat biasa, tetapi perginya meninggalkan sejuta rasa’.
Nantikan ya kawan-kawan,Akan terbit tidak lama lagi.
Dengan izin Allah.