
Buntu nak masak apa?
Malam tadi saya buat ‘One Pot Ginger Chicken & Rice” untuk satu keluarga.
Sebenarnya ini salah satu menu kegemaran suami & Irfan kalau ke Old Town Cafe. Alhamdulillah. Berselera semua. Makan berebut sampai habis licin.
Nak buat pun senang.
1. Masak nasi macam biasa.
2. Ayam dibersihkan & dipotong kecil.
3. Halia + bawang putih dikisar halus. Hanya tambah sikit saja air waktu kisar. Halia perlu lebih banyak dari bawang putih. Saya gunakan 5 ulas bawang putih + 5 inci halia (boleh adjust ikut citarasa sendiri).
4. Tumbuk kasar lada hitam (sikit saja). Kalau di Old Town tak ada lada hitam pun. Suka hati tambah kan? Haha.
5. Tumis dengan minyak : halia dan bawang putih tadi serta masukkan lada hitam tumbuk. Tumis sampai wangi.
6. Disebabkan ada lebihan cendawan jenis ‘white button’ di rumah (beli di tesco), saya masukkan sedikit dalam tumisan. Saya pernah terbaca cendawan menyedapkan masakan.
7. Masukkan ayam. Gaul rata. Masak sampai empuk. Kalau nampak terlalu pekat, boleh tambah sedikit air. Ikut kepekatan yang kita nak.
8. Saya letak sedikit minyak bijan. Gaul lagi. Sesuaikan rasa dengan garam. Siap!
9. Untuk mereka yang suka pedas, jangan lupa buat cili potong dengan kicap.
=====
Langkah seterusnya ialah gabungkan semua benda dalam satu pot.
“Buat apa susah-susah nak masak banyak step?
“Kerana kegembiraan berebut dalam satu pot itulah kebahagiaan”

