The Tree Top Walk Sg.Sedim
Sg Sedim, Kulim.
Ini kali pertama kami ke sini. Kepada yang belum tahu, Tree Top Walk Sg Sedim ini adalah yang terpanjang di dunia tau!
925 meter panjangnya.
Perjalanan dari mula hingga akhir mengambil masa lebih kurang 45 minit (sekali dengan masa posing dan bergambar haha)
Tiket : RM10 dewasa & RM6 kanak-kanak.
Selepas turun dari Tree Top Walk, kami mandi manda di Sg Sedim. Ia terletak dalam kawasan yang sama.
Airnya jernih dan sejuk. Memang seronok anak-anak mandi.