UBAT CACING UNTUK KANAK-KANAK

Warning : Ini bukan mee.

Tahun 2020 masih ada lagi kena jangkitan cacing ? πŸ˜±

Ya, sebab ADA, itu yang saya nak cerita…

TAHUKAH ANDA ANAK-ANAK YANG TERKENA JANGKITAN CACING KRONIK, PERKEMBANGANNYA BOLEH TERBANTUT?

Mari baca cerita lanjut…
.
.
.
Anak-anak kita yang sedang membesar, ada BIG JOB mereka sendiri πŸ€©.

Ya sahabat semua,
Mereka sedang membina tulang, mengasah minda, melawan penyakit, membina imuniti dan lain-lain lagi.

Badan mereka yang kecil ini, jika ada ‘pencuri’ di dalam usus mereka, boleh akibatkan mudarat.

====

JANGKITAN CACING.

Sejenis parasit yang hidup didalam usus, mencuri nutrisi anak-anak, berbulan malah boleh bertahun lamanya.

‘Pencuri’ hanya bersaiz kecil tetapi kesannya besar kepada anak-anak.

Antara gejala jangkitan cacing :
πŸ‘‰πŸ»Sakit perut
πŸ‘‰πŸ»Loya muntah
πŸ‘‰πŸ»Cirit birit
πŸ‘‰πŸ»Lemah badan

Jika berterusan, ia boleh akibatkan masalah seperti :
πŸ‘‰ kekurangan nutrisi
πŸ‘‰ kekurangan zat besi seterusnya menyebabkan anemia
πŸ‘‰πŸ» ganggu tumbesaran fizikal

Jangkitan cacing paling biasa adalah seperti cacing gelang, cacing cambuk, cacing benang dan cacing pita.

BAGAIMANA KITA BOLEH DAPAT JANGKITAN CACING?

Telur atau larva cacing boleh memasuki badan manusia melalui 3 punca ini :-

1. Air yang tercemar
2. Makanan yang tercemar
3. Tanah yang tercemar.

===

Contohnya, dalam badan ALI (bukan nama sebenar) ada cacing. Telur dan larva cacing akan keluar bersama najis ALI.

Jika kawasan tempat tinggal kita tiada sistem sanitasi yang baik, najis tadi boleh mencemari tanah, sumber air dan juga sumber makanan.

KITA boleh dapat jangkitan apabila minum atau makan dari sumber yang tercemar dan juga apabila kita menggunakan tanah-tanah tercemar.

Kadangkala kita boleh termakan telur cacing dari celah sayur-sayuran yang tidak dibasuh dengan bersih. Erk πŸ˜±

πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»

Anak-anak bermain di tanah pakai kasut tak?

Makan selalu basuh tangan tak?

Cuci sayur bersih tak?

Sumber air diyakini bersih?

Bagaimana dengan sistem pembuangan / kumbahan najis, ok tak? πŸ˜

===

Orang dewasa juga boleh terkena jangkitan cacing.

Oleh itu, berbincanglah dengan doktor anda, sama ada anda atau anak-anak perlukan ubat cacing atau tidak.

==

Dos bagi ubat cacing Albendazole kebiasaanya,

πŸ‘‰πŸ»200mg bagi kanak-kanak 1-2 tahun.

πŸ‘‰πŸ»400mg bagi kanak-kanak lebih 2 tahun & dewasa.

Boleh diberi setiap 6 bulan.

====

SEMOGA BERMANFAAT!

Najwa Hamidi

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s