Sukar hamil disebabkan kencing manis.

IKHTIAR HAMIL & KESUBURAN.

Bukan sekadar scan dan ubat subur sahaja.

Biasanya doktor akan buat ujian darah untuk tengok jika ada masalah perubatan lain yang berkait rapat dengan KETIDAKSUBURAN.

Hba1C 8.2%

Contohnya seperti kes ini. Beliau datang untuk konsultasi kesuburan dan telah didiagnos ada diabetes dengan bacaan gula HbA1C 8.2 %.

(HbA1C adalah purata bacaan gula anda untuk 3 bulan)

Untuk persediaan mengandung, diabetes perlu dirawat dan bacaan gula perlu stabil dahulu. Bacaan HbA1C perlu normal dan dibawah paras 6.5%.

Kenapa? Apa pentingnya gula kena stabil.

Begini puan-puan,

Apabila kita mengandung, fasa pembentukan janin pada usia 3-4 minggu pertama itu sangat penting kerana waktu itu berlakunya pembentukan sistem saraf dan otak. Kebanyakan kita tak perasan pun kita mengandung pada waktu usia 3-4 minggu kandungan.

Bayangkan waktu itu bacaan gula anda tinggi dan tidak stabil…

Kandungan berisiko dengan komplikasi seperti keguguran dan abnormaliti (kecacatan) pada pembentukan bayi.

Sebab itu kita amat titik beratkan ‘pre-pregnancy counselling’ atau kaunseling sebelum mengandung bagi mereka yang berisiko.

Oleh sebab itu, sangat dinasihatkan mereka yang ada diabetes untuk,

  1. Stabilkan gula. Ambil ubatan dengan betul.
  2. Amalkan pemakanan yang sihat dan kehidupan yang aktif dengan bersenam.
  3. Fokus untuk turunkan berat badan jika obese.
  4. Ambil folic acid 5mg setiap hari sekurang-kurangnya 3 bulan sebelum merancang untuk mengandung.

SEMOGA BERMANFAAT.

Silakan SHARE supaya lebih ramai tahu tentang masalah berkaitan kesuburan.

Ditulis oleh,

DR Najwa Hamidi.

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: