Nak jadi youtuber?

Semalam saya ada beli satu ebook berkenaan rahsia nak jadi youtubers dan menjana income dari sana, hasil tulisan instafamous Asyraf Mazlan.

Jemput Subscribe youtube saya. https://m.youtube.com/user/najwa154

Ok. Salah satu benda penting yang disebut ialah pemilihan niche. Paling bagus tetapkan satu niche khas. Contohnya, niche ‘resepi masakan’ macam Puan Sugu Pavitra yang viral sekarang.

Masalahnya youtube channel saya yang berusia 8 tahun itu dah macam nasi kandar kuah campoq. Haru sungguh 😅

Ada tips kesihatan, travel, resepi, review tempat makan… Macam-macam. Video anak masuk dalam baldi pun ada. Haha.

Iyalah, niat buat channel pun sebenarnya sekadar nak simpan video-video untuk kenangan. Yang mana tips kesihatan tu lebih kepada nak buat sharing. Ini semua atas sebab minat. Jadi, saya akan follow saja niat asal. Tak kejar duit. NO PRESSURE.

Sekarang banyak benda nak buat. Salah satu yang saya tengah usahakan ialah nak jadi ‘content writer’ yang lebih baik. Nak belajar lagi menulis. Sekurang-kurangnya ilmu yang ada sikit-sikit ini bolehlah di kongsi.

Untuk ‘Kelas Virtual Summit Penulisan Ramadan’ pula, ada banyak lagi video dari speaker yang belum sempat saya khatam.

Kena laju. Nak fikir konten untuk page Klinik Keluarga Kuala Muda juga dalam masa yang sama.

Kerja sekolah anak darjah satu pun banyak dah tertangguh. Hehe. #maafyecikgu #sayausahakannanti

Kalau rajin, silalah subscribe channel saya. 🥰
https://www.youtube.com/user/najwa154

Najwa Hamidi

diariorangbiasa

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s