KISAH SCAN BABY : Air ketuban banyak rupanya baby ada masalah usus menyempit / tersumbat.

Beberapa bulan lepas, waktu sesi scan baby, saya lihat perut ibu itu sangat besar, tak sepadan dengan usia kandungan.

Cara beliau berjalan pun nampak sukar. Sekejap-sekejap tangannya pegang belakang pinggang. Menampung rasa berat dan tak selesa agaknya.

Hasil scan confirm air ketubannya 29 dan sudah melebihi paras normal (normal 25 ke bawah).

Kenapa?
Apa punca jadi begitu?

Jadi saya lebih berhati-hati. Perlu fokus untuk lihat jika ada sesuatu yang tak normal.

Ukur lilit kepala, badan dan kaki baby semuanya elok.

Cuma,
.
.
Di bahagian abdomen (kebanyakan kita panggil perut), terlihat ada dua ‘bubble’ hitam. Sepatutnya bubble perut satu sahaja.

Tahulah saya,
Rupanya ada sebab kenapa air ketuban menjadi banyak.

Untuk makluman,
Semakin meningkat usia kandungan, bilangan air ketuban terhasil dari jumlah air kencing bayi.

Dalam masa yang sama, air ketuban itu juga akan ditelan oleh bayi.

Bagi kes ini, dua ‘bubble sign’ itu menunjukkan adanya penyempitan pada saluran pemakanan/usus baby yang dinamakan duodenal atresia.

Anda bayangkan belon panjang yang dipicit dibahagian tengah, maka terlihat dua bahagian terpisah oleh penyempitan tadi. Kan?
Itulah yang berlaku.

Hal ini menyebabkan baby ada masalah dalam proses teruskan menelan air ketuban akibat salur usus sempit.

Maka air ketuban pun akan berlebihan. Logik? Ya, sebab itulah kandungan mommy nampak besar.

Kes begini tentunya saya rujuk terus kepada pakar di hospital.

====

Antara sebab utama yang selalu berkait rapat dengan air ketuban banyak ialah :

  1. Abnormaliti pada bayi seperti kes ini tadi. Ada juga yang disebabkan oleh sindrom dan kecacatan genetik tertentu.
  2. Kencing manis waktu mengandung.
  3. Mengandung kembar.
  4. Jangkitan kuman / virus.

Pun begitu, ada kes yang air ketuban banyak tanpa sebab apa-apa.
.
.
.

Tak lama selepas itu ibu yang sama datang semula kepada saya, sambil mengendong seorang bayi perempuan yang comel di tangannya.

Mahu disunatkan katanya.

“Dr, terima kasih. Baby inilah yang doktor scan hari tu. Lepas lahir terus dibuat operation”.

Alhamdulillah.
Syukur Alhamdulillah.

Senyuman bahagia seorang ibu itulah yang selalu membuat saya gembira.

Jadi doktor ini ada masanya stress.

Tapi semua itu hilang bila Tuhan hadirkan kegembiraan yang begini.

Terima kasih Allah.

Ditulis oleh,
Dr Najwa Hamidi

Semoga bermanfaat ya!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: