Bila buat keputusan berhenti kerja.

“Kakak, tak apa ka berhenti kerja?”

“Tak apa mak. Insyaallah. Rezeki ada di mana-mana”.

Saya nampak kerut di muka emak. Tentunya emak risau dengan masa depan anaknya apabila memilih berhenti dari terus jadi kakitangan kerajaan.

Keputusan meletak jawatan itu, 5 bulan selepas emak di uji dengan stroke.

Waktu itu butir cakapnya semakin jelas walaupun sebelah tangan terlihat masih lemah.
Emak mampu duduk atas katil setelah dibantu. Saya pula duduk berdepan dengannya.

Kata orang, emak guru yang sangat dikagumi di sekolah. Seorang guru besar yang sangat komited dengan kerja.

Ayah juga tidak kurang hebatnya. Cerita-cerita kebaikan beliau selalu disebut-sebut oleh ramai bekas anak muridnya.

Saya?
Anak kedua yang selalu keras kepala walaupun nampak cool. Geram saya hanya ketap bibir. Buat keputusan kadangkala melulu. Jenis sondol dahulu, tapi berani melawan kebiasaan.

Jadi, keputusan meletak jawatan tadi tentunya buat hati emak tak gembira.

Saya selalu ingat pesan emak,

“Kakak mahu ikut arus atau jadi penentu arus?”.

Fikir saya, asal betul. Arus salah, kita buat U-turn.

Padahal hidup tak semudah itu. Apatah lagi zaman ini, perkara betul belum tentu disukai orang.

Apabila benda salah jadi kebiasaan, yang betul akan terlihat canggung.
.
.
.
Sehinggalah 2 tahun selepas kisah itu,

Waktu hari terakhir saya mendengar suara emak sebelum diintubasi (masuk tiub pernafasan),

“Kakak tak kerja hari ni?”

Mungkin emak hairan, bagaimana tiba-tiba saya muncul di yellow zone Hospital Teluk Intan waktu tengah minggu.

“Cuti mak”.

Cepat-cepat saya larikan mata dari emak.

Sebenarnya bukan cuti, tapi saya baru buat keputusan untuk U-turn lagi.

Saya tak mahu emak risau lagi tentang saya.

Sesungguhnya Allah itu MAHA BAIK, diberiNya peluang untuk saya bercakap-cakap dengan ayah & emak sebelum mereka dijemput pulang ke negeri abadi.

Adik saya pernah kata,

“Kau memang paling lambat dapat tengok jasad ayah (sebab duduk jauh) , tapi kau beruntung sebab jadi orang terakhir dapat bercakap dengan ayah”

Mana mungkin saya pernah lupa. Ayah rebah tak lama lepas bercakap di telefon dengan saya.
.
.
Emak & ayah,
Merekalah guru pertama saya.

Semoga sepanjang hayat mereka, mereka sentiasa redha dengan saya.

Doa saya semoga Allah ampuni dosa emak & ayah dan ditempatkan disyurga yang paling indah.
.
.
.
Hari ini, di usia yang masih tersisa, pandangan tentang hidup juga jauh berbeza.

Hidup untuk apa?

Kerana hidup, jika mengharap pengikhtirafan manusia semata, kita akan kecewa.

Hiduplah kerana mencari redha Tuhan & redha kedua ibu bapa.
Hiduplah untuk mencari keberkatan dan berbuat kebaikan.

Najwa Hamidi

#diariorangbiasa

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s