Anencephaly ; bayi tanpa tempurung kepala yang sempurna.

Baru-baru ini sepasang suami isteri datang kepada saya untuk scan baby.
Terserlah gembira kedua pasangan apabila terlihat jantina baby, hidung dan mulut tanpa sebarang tanda sumbing.
Namun…
Siapa sangka,
Kegembiraan tadi bertukar suram apabila didapati kepala bayi tidak bulat seperti biasa.
Tiada tempurung kepala (tulang tengkorak) yang sempurna dari dahi dan ke atas.
Allahuakbar.
Dada terasa ketat untuk sampaikan berita sebenar kepada ibu & ayah baby.

===
“Anencephaly” ini adalah kecacatan kongenital yang berlaku sejak dari awal pembentukan janin lagi iaitu pada bulan pertama kehamilan.
Waktu ini kebanyakan para ibu belum sedar yang mereka sudah pun mengandung.
Seawal usia 3-4 minggu, sistem saraf mula terbentuk dimana sel-sel menggulung dan bercantum membentuk ‘neural tube’.
Neural tube ini seterusnya akan membentuk sistem saraf tunjang dan otak.
Jika tidak bercantum dengan sepenuhnya, ia boleh mengakibatkan kecatatan seperti anencephaly & spina bifida.

Sebab itu semua wanita hamil wajib ambil FOLIC ACID kerana ia dapat membantu mengurangkan kebarangkalian mendapat masalah seperti ini.
Nak hamil ?
Sebaiknya makan folic acid, 3 bulan sebelum hamil, dos sebanyak 400mcg / hari.
Tapi jika kita pernah melahirkan anak yang alami masalah anencephaly/spina bifida, dos folic acid yang harus di ambil lebih tinggi iaitu 5mg setiap hari.
Bayi ketiadaan sebahagian tempurung kepala dan sebahagian otak.
Bayi ini tidak dapat survive lama selepas kelahiran dan mungkin boleh bertahan selama beberapa jam sahaja.
Apa yang menyebabkan ia terjadi?
Ia tiada sebab yang jelas. Tetapi dikatakan berkait rapat dengan genetik, persekitaran dan pemakanan.
Saya mendoakan agar ibu yang di uji dengan keadaan bayi anencephaly ini sabar, tabah dan redha.
Sesungguhnya, apabila usaha kita dah laksanakan, ditakdirkan kita melalui kesukaran ini, maka ianya adalah Kehendak dan Ketentuan Tuhan Yang Maha Esa. Pasti ada hikmahnya.
Dr Najwa Hamidi.