CARA RAWAT RUAM LAMPIN ; JANGAN PAKAI BEDAK TALKUM

Baby meragam sebab ruam lampin – punggung merah dan melepuh.
Betulkah pakai BEDAK TALKUM buat keadaan lagi teruk? . .

Jom tengok tips cegah dan rawat ruam lampin. πŸ‘‡πŸ‘‡


Ruam lampin kebiasaannya disebabkan :
1. Kulit bayi dibahagian punggung terdedah kepada air kencing atau najis terlalu lama / atau waktu anak mengalami cirit birit.
2. Tidak menukar lampin/ pampers dengan kerap.
3. Pampers atau lampin yang yang ketat hingga tiada aliran udara serta bersentuhan dengan kulit mengakibatkan kesan melecet. Contohnya apabila saiz pampers tidak sesuai.
4. Alahan kepada sabun mandi.
5. Menggunakan baby wipes yang mengandungi alkohol.


====

Kulit bayi boleh menjadi kemerahan, melecet dan panas jika disentuh.
Lebih teruk lagi apabila adanya gelembung air , blister atau ulser, kulit pecah dan luka.
Anak akan menangis kesakitan apabila permukaan kulit terkena air.
Jika keradangan kulit dibiarkan dan tidak dirawat, boleh menyebabkan berlakunya jangkitan kulat atau bakteria.


===

Jadi apa yang kita kena buat?


Ibu-ibu usah panik ya,
1. Tukarkan pampers/ lampin basah dan kotor secepat mungkin.
2. Cuci bahagian punggung secara perlahan menggunakan air biasa ( suhu bilik) dari arah depan ke belakang.
3. Gunakan sabun yang bebas pewarna, bebas bau tambahan, bebas bahan kimia, bebas alkohol. Bahan beralkohol menyebabkan iritasi kepada kulit bayi. Bagi mereka yang sensitif dengan sabun, memadai gunakan air biasa sahaja tanpa sebarang sabun.
4. Jika gunakan baby wipes – cari yang tiada kandungan alkohol.
5. Selesai mandi, lapkan anak dengan cara ‘tekap’ atau ‘dab’ sahaja. Elakkan cara menggosok kain tuala ke kulit.
6. Baringkan sebentar bayi dengan tuala atau kain bersih tanpa memakai pampers atau lampin. Biarkan selama yang boleh kerana pengudaraan yang bagus dapat membantu mepercepatkan proses baik pulih.
7. JANGAN GUNA BEDAK TALKUM DI BAHAGIAN PUNGGUNG KERANA IANYA BOLEH MENYEBABKAN IRITASI KULIT. BERHATI-HATI DENGAN PENGGUNAAN BEDAK TALKUM DIMUKA BAYI KERANA PARTIKEL HALUS BOLEH MASUK KE RONGGA PERNAFASAN BAYI.
8. Sapukan krim pelindung setiap kali menukar lampin. Antara jenis yang biasa digunakan adalah seperti krim atau ointment yang mengandungi zinc oxide, petrolatum, vaseline dan sebagainya.
Sekadar menyebut beberapa krim yang ada di pasaran seperti Sudocream, Drapolene, Dicomet dan lain-lain.

Jika ruam lampin berterusan dan ada tanda jangkitan, segeralah berjumpa doktor bagi tujuan rawatan selanjutnya.


===


SHARE kepada ahli keluarga / kenalan anda, supaya lebih ramai tahu dan dapat manfaat dari post ini.

Ditulis oleh,

Dr Najwa Hamidi.
Klinik Keluarga Kuala MudaπŸ“² : http://www.wasap.my/60127374870
#KLINIKKELUARGAKUALAMUDA #KLINIKPILIHAN #SEISIKELUARGA

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s