Hi semua para ibu,
Nak tahu tak?
Yang dikatakan merancang setiap ‘selang dua tahun’ itu sebenarnya, bila baby dah cukup 2 tahun baru kita plan mengandung semula.
Bukan bermaksud baby cukup umur 2 tahun dah keluar adik baru😄.
Haa.. Kalau yang bersalin secara operate, perlu tunggu sekurang-kurangnya 3 tahun, barulah rancang mengandung semula ok!

Tapi kenapa susah-susah nak merancang ni?
- Kita nak para ibu pulih dari segi kesihatan dalaman dan luaran. Baik pulih dulu luka-luka dalaman.
- Supaya para ibu dapat memberi tumpuan sepenuhnya kepada bayi, agar bayi mendapat kasih sayang yang sempurna. Ia dapat membentuk emosi yang baik. Tidaklah nanti mereka berbagi kasih. Gitu!😄Bayangkan, baby baru usia 8 bulan, ibu pula sedang loya, mabuk, pening dan kelesuan kerana mengandung baru. Kesian ibu, kesian baby juga..kan?
- Fasa 2 tahun ini juga penting dengan harapan ibu dapat menyusukan bayi sepenuhnya selama 6 bulan dan diteruskan sehingga usia bayi cukup 2 tahun.
- Dalam fasa baik pulih ini, kita mahu para ibu dapat mengambil nutrisi yang baik, lebih-lebih lagi mereka yang menyusukan anak.
- Yang penting sekali, ibu-ibu yang berisiko tinggi seperti diabetes, darah tinggi, asma dan lain-lain dapat menjarakkan kehamilan.
.
.
.
Tahukah para ibu, jika jarak mengandung terlalu rapat berkait rapat dengan beberapa komplikasi? - Kekurangan nutrisi bagi para ibu. Baru bersalin dah mengandung semula.
- Apabila kurang nutrisi, kandungan seterusnya ibu boleh alami anemia (HB low). Dan seterusnya meningkatkan risiko bayi yang dikandung kecil (iugr/terbantut pembesaran/kurang berat).
- Ia juga berkait rapat dengan kehamilan pra matang.
- Jarak kehamilan yang rapat terutama lepas bersalin operate, mendatangkan risiko uterine rupture (rahim koyak). Ini sangat membahayakan nyawa ibu dan juga bayi malah boleh mengakibatkan kematian.
Kita faham, para ibu & bapa kalau boleh nak anak ramai. Nak lekas mengandung semula. Tapi perlulah bijak menilai kebaikan dan kemudaratan.
Bak kata pepatah, terlajak perahu boleh diundur semula… 😊😁.
Jom ibu semua, kita persiap diri agar sihat untuk kehamilan seterusnya.
Jarakkan kehamilan untuk kesejahteraan bersama.
_
Dr Najwa Hamidi