Pentingnya berdoa secara spesifik.

Semalam saya baca tentang perlunya berdoa secara spesifik. Tidak pasti siapa empunya asal (boleh hubungi saya supaya boleh diletakkan kredit).

Saya akan kongsikan disini. Jika tidak ingat, bolehlah ditulis.

Ya Allah,

Ampunkan dosaku, dosa-dosa kecil & besar, dosaku pada makhluk-Mu, dosaku pada kejadian & ketentuan-Mu dan dosa yang aku tahu mahupun tidak.

Ya Allah,

Berikan petunjuk, taufik & hidayah-Mu kepadaku, kepada anak & suami/isteriku, kepada kaum keluargaku, sahabatku, guruku serta muslimin & muslimat.

Ya Allah,

Kau limpahkan rezeki halal & berkat, kekayaan didunia & akhirat, kekayaan yang dapat membantu hambamu yang lain. Kesenangan untuk keluargaku mengejar ibadah-Mu. Kewangan yang stabil supaya mampu melunaskan hutang piutang yang wajib dibayar. Kekayaan untuk terus berzakat ke jalan yang Engkau redhai.

Ya Allah,

Kurniakan kesihatan yang baik kepadaku, suami/isteriku, anakku, ibu bapaku, keluargaku, sahabatku, guru-guru serta muslimin dan muslimat. Lanjutkan hayat kami Ya Allah supaya kami dapat bertaubat dan beribadah ke jalan-Mu.

Ya Allah,

Jadikanlah anakku anak yang soleh/solehah. Jadikan mereka manusia berakhlak, beradab dan menyantuni makhluk lain. Berikan kecerdasan akal, rohani dan jasmani yang baik. Jadikan mereka anak yang mendengar kata, hindari mereka dari malapetaka.

Ya Allah,

Jauhilah kami dari sifat tamak, iri hati dan saling membenci. Jauhilah kami dari sifat negatif, jauhilah kami dari perbuatan mungkar. Sesungguhnya hanya Engkau yang Maha Melindungi.

Ya Allah,

Kurniakanlah isteri/suami yang soleh. Menyayangi & menjalankan tanggungjawab dengan baik & sabar. Kekalkanlah sifat sayang antara kami. Pegangkan hati isteri/suami kami Ya Allah. Sesungguhnya hanya Engkau pemegang qalbu dari berbolak balik.

Ya Allah,

Lembutkanlah hati musuh kami. Berikan mereka kesejahteraan. Berikan mereka kelapangan hati dan minda. Bersihkan hati mereka. Semoga akan tiba suatu masa kami berbaik kerana-Mu.

Ya Allah,

Kurniakanlah saudara/sahabat yang belum mempunyai zuriat kepada mereka walau seorang anak. Mereka juga selayaknya merasa kegembiraan yang kami rasa.

Amin.

Ya Rabbal A’alamin.

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: