Betulkah PAP SMEAR sakit?

Yang dah BERKAHWIN atau belum berkahwin tapi PERNAH lakukan hubungan seksual, WAJIB baca ni!👇👇👇👇


Adakah kita AKTIF secara SEKSUAL?
ADA 5 FAKTA tentang KANSER SERVIKS yang kita PERLU TAHU.


1. Kanser serviks atau kanser pangkal rahim berlaku apabila sel-sel dinding serviks berubah menjadi tidak normal seterusnya menjadi kanser.


2. Kebanyakan kes adalah disebabkan oleh jangkitan virus HPV ; HUMAN PAPILLOMA VIRUS.


3. Ada banyak jenis virus dalam keluarga HPV. Tetapi jenis HPV 16 & HPV 18 adalah yang paling berisiko menyebabkan kanser serviks. 70% kes kanser serviks disebabkan oleh HPV-16 & HPV-18.


4. Jangkitan HPV ini kerap berlaku dikalangan orang dewasa yang aktif secara seksual. Dalam kebanyakan kes, ianya boleh pulih dengan sendirinya. Tetapi bagi sesetengah kes, virus HPV ini akan kekal dan boleh menyebabkan risiko perubahan sel yang tak normal seterusnya menjadi kanser.


5. Jika anda mempunyai pasangan seks lebih dari seorang, merokok, pernah alami penyakit berjangkit secara seksual (seperti sifilis, gonorea) atau sistem imun yang lemah, MAKA RISIKO MENGHIDAP KANSER SERVIKS ADALAH LEBIH TINGGI..
.
.



LAKUKAN PAP SMEAR untuk mengesan perubahan awal di pangkal rahim.
HANYA 5 MINIT SAHAJA!
IANYA TIDAK SAKIT!
Kanser serviks boleh dirawat jika ia dikesan awal.
.
.
.
SIAPA YANG PERLU LAKUKAN PAP SMEAR?
☑️ Semua wanita berumur antara 20 hingga 65 tahun.
☑️ Wanita yang aktif atau pernah aktif dalam aktiviti seksual (yang telah berkahwin ataupun mereka yang pernah ada hubungan seksual)
☑️ Wanita yang putus haid atau menopaus < 65 tahun.
☑️ Mereka yang mempunyai gejala (seperti dalam gambar)

Nak buat Ujian PAP SMEAR klik sini
https://www.wassap.my/0127374870
.
.
BERAPA KERAP UJIAN INI DILAKUKAN?
Jika ujian PAP SMEAR kali pertama anda normal, bolehlah diulang tiga tahun sekali.
.
.
.
BILA MASA TERBAIK UNTUK MENJALANI UJIAN INI?
Ketika pertengahan pusingan haid atau 10 hari-14 hari selepas kedatangan haid.
.
.
.
Dr Najwa Hamidi
Klinik Keluarga Kuala Muda

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s