Resepi Ikan rebus @ ikan lengat sedap

Kalau ikan rebus, secara peribadi saya lebih suka buat cara orang pantai timur. Ada rasa manis sikit sebab letak gula nise (gula nisan). Di utara ni orang panggil ikan lengat.

Namanya rebus, tapi tak gunakan air pun ๐Ÿ˜…. Saya kongsi resepi ikan rebus @ikan lengat sedap dibawah ini.

Kebetulan ikan temenung tengah murah di Kuala Muda, banyak saya beli. Semuanya di rebus untuk simpanan lauk kecemasan waktu perintah kawalan pergerakan ni.

Terima kasih cikgu Afy AL Habibi selalu kongsi resepi yang sedap-sedap. Resepi asal dari beliau di link ini,
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2586400771630484&id=100007817593160

Cara,

  1. Ikan dibersihkan dan di tos.
  2. Saya lumurkan garam siap-siap pada ikan.
  3. Susun ikan dalam periuk / kuali.
  4. Letakkan hirisan halia dan asam keping.
    (Resepi asal ada lengkuas dan daun pandan, tapi bahan tak ada di rumah)
  5. Untuk setiap lapisan ikan, saya letak halia, asam keping dan juga ditabur gula nisan yang dah dipecahkan halus.
  6. Letak cuka makan untuk bagi ikan lebih pejal. Saya letak 1 senduk.
  7. Tak perlu air. Air ikan akan keluar nanti.
  8. Tutup periuk. Rebus 20 minit.
  9. Buka tutup periuk, biarkan atas api sampai airnya kering.
  10. Biarkan sejuk semalaman dalam bekas rebusan. Masukkan dalam bekas. Simpan dalam peti ais.
  11. Goreng bila perlu. Tak perlu goreng lama sebab ikan dah masak. Jangan risau kalau ikan nampak gelap sikit lepas goreng, sebab masa rebus ada gula kan, warna ikan ikut berubah.
Ikan disusun dalam periuk.
Ikan siap rebus disimpan dalam bekas

Taburkan bawang dan cili api goreng, makan dengan nasi panas. Cicah budu. 2 pinggan habis nasi. Hm. Gemuklah macam ni ๐Ÿ˜œ

__
Perlu ketatkan
Kawalan pergerakan ke dapur.
๐Ÿ˜†.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s