TEMPAT VIRAL & INSTAGRAMMABLE : KG AGONG, PENAGA

Wah!! Nak naik sarang burung tempua besar dah tak perlu sampai ke Bali, di Penang pun ada.

Bagi mereka yang berjalan ke Penang, tempat ini mungkin boleh jadi satu destinasi menarik terutama bagi mereka yang suka mengambil gambar. Tempat ini pernah viral beberapa kali di Facebook. Jadi jangan lepaskan peluang menikmati keindahan pemandangan dan keunikan Kg Agong yang terletak di Penaga, Pulau Pinang.

Selamat datang ke Kg Agong.

Terdapat beberapa buaian yang talinya digantung tinggi pada pokok kelapa. Pemandangan lebih cantik saat waktu matahari terbenam dan jika waktu padi menghijau atau tengah masak kuning.

Yang menjadi tarikan utama adalah keunikan sarang burung gergasi ini.

Kawasan sekitarnya luas dan sebahagian binaan (pondok-pondok) dipisahkan oleh petak sawah. Bagi mereka yang tinggal di bandar, berada disini membangkitkan rasa kelainan hingga teringat-ingat memori lama di kampung dahulu.

Anak-anak sopan berbaju kurung, hehe. Kami baru sahaja lepas selesai hadir ke jemputan kenduri kahwin lalu terus ke sini.

KG AGONG

Tiket masuk,
Dewasa RM5, Kanak-kanak RM3.
Mempunyai kawasan parking yang luas.

#kgagong #tempatviral

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: