Lambat buka buku pink mengandung?

Mengandung ; bila kena buka buku antenatal?

“Kak ingat, bila umur 48 tak datang period ni, kak dah menopause. Rupanya ada yang bergerak dalam perut”. Bila buat ultrasound, baby dah cecah saiz 34 minggu.

“Kak tak pergi buka buku, tak pernah scan. Anak ke 11 ni doktor.” Sambung dia lagi. Haru. Tak tau nak marah ke nak sedih. Huu.
(Ini sekadar contoh, kisah 3 bulan lepas, beliau dah dirujuk ke hospital pun)

Rupanya, ramai orang tak tahu, pentingnya buka buku pink atau cek mengandung lebih awal.

Kalau ada yang dah tahu pentingnya buka buku awal, tapi sengaja buat lambat, tak mau kawan ah! πŸ˜‚πŸ˜‚

Sebenarnya, bila dah disahkan mengandung, kita boleh terus pergi buka buku antenatal. Kalau anak sulung lagi teruja, kan?

“Nak tunggu baby besar sikit boleh?”
Boleh. Tapi mestilah sebelum 12 minggu kandungan (sebelum usia 3 bulan) .

Sebab apa kena buka buku awal (sebelum 12minggu)?

βœ…Dating scan diperingkat awal : untuk tentukan tarikh due date. Yang ni penting, terutama sekali kalau kita lupa tarikh period, atau period tak tetap.

βœ… Pemeriksaan awal bagi ibu yang berisiko kerana ada masalah perubatan. Contohnya, kes diabetes, darah tinggi, asthma/lelah, obesiti dan lain-lain.

βœ… Untuk kenal pasti kes yang berisiko (selain masalah perubatan) contohnya kandungan kembar, sejarah pembedahan bagi kandungan sebelumnya, sejarah anak meninggal di dalam perut, masalah kecacatan bayi atau genetik dan lain-lain.

Yang penting kita utamakan kesihatan ibu dan bayi sejak dari peringkat awal kandungan lagi.
Sayang kat uolls tau 😘😘

“Kalau dah terlambat juga macam mana?”

Kalau dah terlambat, tetap kena pergi booking dan buka buku juga. Jangan sebab dah lambat, kita pun buat rilek je, tak ada usaha.

Pengalaman saya bekerja di Klinik Kesihatan sebelum ini, konsep yang digunakan adalah Personalised Care dan ada Sistem Zon. Secara ringkasnya, setiap kawasan di bawah pantauan jururawat & doktor tertentu.

Jika tak pasti dimana nak pergi, saya cadangkan untuk anda telefon atau terus ke klinik kesihatan terdekat untuk pastikan alamat tempat tinggal kita dan klinik yang sepatutnya untuk buat pemeriksaan mengandung.

Kalau follow up di klinik swasta, perlu tak buka buku pink kerajaan?
Jawapan : Tak semestinya.
Cuma pastikan tempat swasta yang kita follow up itu lengkap dari segi dokumentasi & keperluan yang sepatutnya ada sepanjang proses kehamilan. Contohnya, dikepilkan sekali ujian darah, report scan, ujian air gula jika perlu, dokumentasi check up bulanan dan lain-lain.

Ya betul. Kita merancang nak bersalin di swasta. Siapa tahu, ketentuan Tuhan, di hujung kehamilan perlu bersalin di Hospital Kerajaan. Kan senang jika rekod check up bulanan kita lengkap & up to date πŸ‘

Tak kisahlah dimanapun, asalkan tidak hilang dari radar atau umpama chipsmore, sekejap ada, sekejap tiada πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜….

========
Semoga sedikit perkongsian ini memberi pencerahan kepada yang bertanya.

Dr Najwa Hamidi
Klinik Keluarga Kuala Muda

tipskesihatan

ibumengandung

najwatulistulis

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s