MENARIK MINAT ANAK MEMBACA BUKU

TIGA BERADIK DI MPH

Ini bukan tips. Sekadar cerita biasa-biasa.

Kawan-kawan kata, anak-anak suka baca buku asbab terikut ibu yang rajin membaca. Ada betulnya.

Tapi sekarang ibu dah tak rajin macam dulu. Buku-buku puisi dan prosa yang selalu jadi teman ibu sejak 5-6 tahun kebelakangan ini, hanya duduk elok dalam almari berkaca.

Irfan dan Alya banyak bermula dengan komik.
Nampak gayanya, Sofea dah terikut sama.

Menarik minat anak ‘bergembira’ dengan buku bukan sesuatu yang mudah, tapi bukanlah sesuatu yang mustahil.

_
1. Kami jadikan aktiviti ke kedai buku sebagai rutin bulanan. Selalunya saya akan janjikan,

“Ok, setiap awal bulan, kita ke kedai buku. Hadiah sebuah buku setiap seorang”.

Atau,

“Ok, bila ibu gaji, kita semua pergi MPH”.
(yang ini jaga-jaga, anak-anak akan kerap tanya bila ibu gaji, haha)

_
2. Biarkan dahulu anak-anak pilih sendiri buku yang mereka suka. Kemudian kita beri panduan yang mana sesuai dan tidak.

“Ibu bagi masa 10 minit, pilih buku sendiri. Siapa lambat, tinggal”Β πŸ˜‚

_
3. Buku yang dibeli tak perlu tebal. Boleh bermula dengan komik atau cerita bergambar yang mudah dibaca.

Selalunya buku yang dipilih dalam lingkungan harga RM10-15 sahaja.

“Siapa nak lebih dari sebuah buku, belajar jimat duit belanja sekolah”.Β πŸ˜„

Sebenarnya bukanlah ibu berkira bab beli buku. Ianya lebih kepada mendidik. Jika nak lebih, belajar usaha & berjimat untuk dapatkan apa yang mereka nak.
.
.
.
Sekarang, Irfan & Alya pun dah bijak sikit. Nak beli LEGO pun hasil simpanan duit belanja sekolah πŸ˜….

Diari mak-mak,
Najwa Hamidi.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s