Makan sedap ikan fresh di Restoran Terapung Teluk Bayu, Kuala Muda, Sg Petani, Kedah.

Edisi VLOG kali ini, kami ke restoran terapung, di Teluk Bayu, Kedah untuk merasa ikan segar.

1.
Lokasi Boleh WAZE : Restoran Terapung Teluk Bayu. Jalan menuju ke restoran agak tricky sikit bagi yang tak biasa. Melalui jalan kampung. Semakin mendekati tempat yang dituju, semakin kecil jalan.

2.
Kawasan parking sangat limited. Apabila kita sampai, kita akan nampak signboard restoran. Perlu jalan menuju ke hujung jeti menghala restoran. Staff mereka akan datang ambil menaiki bot. Waktu naik bot yang anak-anak suka, walaupun tak sampai 2 minit 😂. Jarak jeti dan restoran sangat dekat.

3.
Hajat dihati nak makan ketam salted egg. Tapi ketam habis. Jadi kami cuba siakap 3 rasa, udang butter & biji nangka blackpepper. Biji nangka merupakan sejenis seafood bercangkerang, macam kepah.

4.
Ikan dia memang super segar. Bila kita order, ikan diambil terus dari sangkar. Sedap gila sebab terasa manis isi ikan segar. Masakan 3 rasa agak pedas. Tapi anak-anak layan juga sampai habis😁. Pilihan ikan yang ada, siakap putih, siakap merah, kerapu, kerapu hibrid.

5.
Sambil menunggu hidangan siap, bolehlah nak lihat sekitar sangkar. Ada banyak jenis ikan dalam sana. Kalau pergi waktu petang, boleh tunggu waktu matahari terbenam. Cahaya kuning merah senja di kawasan sana memang cantik.

Keseluruhannya, kami puas hati, harga berpatutan dan akan ulang datang lagi untuk merasa ikan-ikan lain terutama kerapu.

6. Ruang solat ada disediakan bagi pelanggan muslim.

***Gambar di bawah ini saya update semula bagi kunjungan kali kedua pada 19/1/2020. Dapat ketam yeay!!!!!

Ketam salted egg

===

Kerapu stim limau

Lokasi :
WAZE : Restoran Terapung Teluk Bayu.
Kuala Muda, Kedah.

Buka 3pm-11pm
Tutup Rabu.

Untuk tempahan, boleh hubungi 0134440223 (Encik Zamri)

Najwa Hamidi

#vlog
#foodhunting
#jemputmakan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s