Rawatan Kesuburan & ikhtiar hamil di Klinik Keluarga Kuala Muda, Penang

Salam dan selamat pagi semua. 

Hari ini saya nak kongsi kisah gembira setelah 10 tahun menunggu.

Hampir menitis air mata bila saya dapat message dari seorang ibu yang mengatakan beliau sudahpun melahirkan baby princess yang di tunggu-tunggu.

Kali pertama, saya sangat teruja bila dimaklumkan bahawa beliau positif mengandung. Waktu itu saya sedang memilih lauk untuk dibungkus balik makan di klinik. Kedai makan itu empunya ibu tadi. Beliaulah yang memasak dan menyediakan makanan di kedai dengan bantuan suaminya.

Beberapa kali juga beliau dan suami datang ke klinik untuk konsultasi rawatan kesuburan.

Waktu kandungan 28 minggu, saya berpeluang bertemu kembali dengan beliau dan sesi scan 5d berakhir dengan keterujaan dan kegembiraan. Baby princess dalam keadaan sihat dalam kandungan.

Ya, kegembiraan berganda-ganda, bila awal Disember 2019, saya dapat message yang baby princess dah pun dilahirkan, sihat & selamat. Syukur alhamdulillah.


Didoakan semoga baby Afiya sentiasa sihat, dikurniakan kesejahteraan berpanjangan, cemerlang dunia & akhirat….

❤️ We are really happy to be part of their wonderful journey ❤️

Dr Najwa, Klinik Keluarga Kuala Muda

#ikhtiarhamil #kesuburan #klinikkesuburan #klinikkeluargakualamuda

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: