Pengalaman bermalam di Arte S suite, Penang

Vlog : P E N A N G

Semuanya tak ada dalam perancangan awal. Kami tak ada plan ‘food hunting’ pun kali ini.

Lokasi kami bermalam di Arte S Suite, Bukit Gambir, Penang.

Tingkat 32, gayat bukan main. Perasaan macam terjatuh tu sampai terbawa-bawa dalam tidur. Haha. Sebelum ini tak ada pula fobia pada ketinggian. Hm.

Pemandangan cantik terutama waktu malam dan awal pagi. Boleh nampak sampai ke Jambatan Pulau Pinang.

Jam 6.30 pagi, saya dan suami duduk bersandar rapat ke dinding di balkoni yang cuma dipagari kaca (gayat teruk 😂) semata-mata nak buat timelapse shot waktu matahari naik.

Gais,
Kalau ada orang yang sudi melayan minat kau orang, macam meneman awal pagi semata nak ambil gambar, sayangilah dia sepenuh hati you gais.. #Hahaha

Yang menarik lagi, kolam renang buka 6am – 10pm. Boleh berenang sampai malam. Anak-anak cukup suka yang ini.

Vlog : Penang

M A K A N

Kami tak masuk Georgetown. Malas hadap kereta yang banyak.

Char Kuey Teow Mek Yah, di Sg Ara, mungkin bukan semua orang tau. Beratur juga ni nak tunggu giliran.

Rumah lama kami dekat Sg Ara. Jadi Nasi Kandar Deen Relau memang antara menu biasa waktu saya tak berapa rajin masak dulu (read : sibuk). 😁.

Sempat juga singgah bungkus nasi hujan panas depan Pejabat Pos Gelugor.

Ya, kebanyakan masa hanya duduk berehat di apartment. Esoknya sambung lagi makan di rumah adik ipar di Balik Pulau.

Alhamdulillah.
Enjoy walaupun masa singkat.

Sampai jumpa lagi,
LUV,
Najwa Hamidi.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s