Rezeki hamil setelah jalani konsultasi dan rawatan kesuburan di utara

Alhamdulillah segala puji bagi Allah, sebaik-baik perancang.

Puan Iz, direzekikan hamil setelah berikhtiar jalani konsultasi dan rawatan kesuburan.
Kisahnya bermula sekitar tahun lepas, saya ditakdirkan bertemu dengan Puan Iz di klinik.

Sesungguhnya penantian itu sangat lama kerana anak sulung (lelaki) beliau sudah pun mencecah umur 10 tahun. Kerinduan memangku dan membelai bayi kecil menjadikan beliau tak pernah berputus harap.

Bagi saya, Puan Iz adalah seorang ibu yang tinggi semangat juangnya.
Beliau bermula dengan proses konsultasi bagi masalah kesuburan seterusnya melakukan ultrasound bagi melihat keadaan sistem peranakan seperti rahim dan ovari. Kesemuanya normal termasuklah laluan tiub fallopio beliau.


Hasil ujian darah mendapati keadaan hormonnya sedikit rendah dan seterusnya melalui beberapa kitaran rawatan kesuburan. Pihak suami juga menjalani ujian semen analysis (sample air mani) bagi melihat tahap kesihatan sperma.


Apa yang saya kagum ialah dalam masa yang sama, Puan Iz tidak berputus asa menurunkan berat badannya serta mengikuti semua temujanji yang diaturkan.


                                                                            ******


Benar, sesi konsultasi yang berulangkali adakalanya membuatkan pasangan jemu dan fed up. Ada yang berhenti separuh jalan. Ada sesetengah kes yang mana perlu dirujuk ke Hospital Pakar bagi menjalani rawatan seterusnya seperti IUI & IVF.


Tidak ada magik. Malah tidak pula ada jaminan 100% confirm jadi. Kita ini sebagai hambaNya, hanyalah berikthtiar sehabis baik, berusaha, tawakal dan terus-terusan berdoa.

“Dengan izin Tuhan, pada April 2019, beliau disahkan hamil.”

Puan Iz datang ke Klinik Keluarga Kuala Muda untuk jalani scan 5D (untuk promosi scan 5D RM99, klik sini).

Saya dan team di Klinik Keluarga Kuala Muda tumpang gembira kerana menjadi sebahagian dari perjalanan indah kehamilan beliau kali ini. Kami kesemuanya mendoakan yang terbaik bagi Puan Iz sekeluarga. Semoga dilancarkan proses kehamilan dan kelahiran nanti.


Dr Najwa, Klinik Keluarga Kuala Muda

   **********

KAMI DENGAR MASALAH ANDA
DAPATKAN KONSULTASI  DAN RAWATAN MASALAH KESUBURAN DI UTARA

LOKASI :
KLINIK KELUARGA KUALA MUDA

KAW. 1-20 LOT KEDAI DESA KUALA MUDA,

TAMAN DESA KUALA MUDA

13100 PENAGA, PULAU PINANG.


TEL : 010 3574870

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s