KANSER SERVIK : 3 petanda kanser servik yang wanita tak boleh abaikan!

KANSER SERVIK ATAU BARAH PANGKAL RAHIM merupakan jenis kanser kedua tertinggi dikalangan wanita di Malaysia (selepas kanser payudara).

CPG MOH Management Of Cervical Cancer (Second edition)




Tahukah anda bahawa KANSER SERVIK (BARAH PANGKAL RAHIM) boleh dirawat jika dikesan awal?

Ya, amat menyedihkan jika ia di kesan lewat hanya kerana kita lambat bertindak, tidak tampil awal membuat saringan dan mendapatkan rawatan.

Kebanyakan kanser servik tidak menunjukkan simptom awal. Jadi kerana itulah pentingnya untuk kita lakukan ujian PAP SMEAR secara berkala kerana ujian ini boleh membantu mengesan sebarang perubahan awal jika terdapat sel yang tidak normal.

KESAN AWAL. RAWAT AWAL

Beberapa bulan lepas saya berjumpa dengan seorang wanita yang mengadu sakit dibahagian pelvik dan sedikit pendarahan dari vagina di antara waktu period.

Lantaran sakitnya yang berterusan, beliau datang buat pemeriksaan. Tambahan lagi, selepas berkahwin dan melahirkan anak, beliau tak pernah lakukan PAP SMEAR.

Hasil pemeriksaan kelihatan ketulan yang besar di servik (yang menyebabkan bentuk servik berubah dan tak lagi seperti biasa). Ia sedikit berdarah.

Adakah ia kanser servik?

Beliau telah direfer ke doktor sakit puan di hospital bagi rawatan lanjut (biopsi dan seterusnya).

=====

3 PETANDA (SIMPTOM) KANSER SERVIK YANG WANITA WAJIB TAHU!

  1. Pendarahan dari Vagina yang tidak normal . Pendarahan yang tidak normal ini termasuklah pendarahan di antara waktu period , pendarahan selepas melakukan hubungan seks atau pendarahan selepas menopos.
  2. Discaj dari vagina atau keputihan yang bercampur darah.
  3. Sakit dibahagian perut bawah, pinggang (lower back) atau ruang pelvik terutamanya ketika melakukan hubungan seks.
CPG MOH Management Of Cervical Cancer (Second edition)

Berikut adalah simptom yang menandakan kanser mungkin telah merebak.

  1. Kurang selera makan dan turun berat badan
  2. Letih dan lesu yang berterusan
  3. Sakit atau tidak selesa ketika membuang air kecil atau air besar.
  4. Hilang kawalan pundi kencing (kerap kencing)
  5. Sakit pinggang (lower back) yang berterusan.
  6. Sakit atau bengkak kaki

UJIAN SARINGAN PAP SMEAR

Ujian Pap Smear

Siapakah yang perlu jalani Ujian Saringan Pap Smear?

  • Semua wanita yang sexually active
  • Sudah berkahwin
  • Belum berkahwin (tetapi sudah melakukan hubungan seksual)
  • Berumur 20 – 65 tahun.

Jangkitan Human Papilloma Virus (HPV virus) adalah penyebab utama kanser servik. Ia boleh merebak melalui hubungan seksual. Jadi, kerana itulah wanita yang sexually active berisiko untuk mendapat jangkitan seterusnya berisiko mendapat kanser servik.

Dimana nak buat Pap Smear?

  • Anda boleh ke Klinik Kesihatan terdekat ataupun mana-mana Klinik Swasta yang ada menyediakan ujian ini.
  • Ujian ini tidak sakit.
  • Tidak mengambil masa yang lama. Siap dalam masa 5 minit sahaja.

Ujian pap smear di Klinik Kesihatan adalah percuma manakala di Klinik swasta kebiasaannya berharga antara RM70-RM90.

Pun begitu, di klinik swasta anda tidak perlu menunggu lama, boleh dibuat pada hujung minggu dan keputusan pap smear boleh siap dalam jangka masa yang lebih cepat iaitu satu hingga dua minggu.

Jadi, sibuk bekerja bukanlah alasan untuk kita menolak lakukan saringan pap smear yang dilakukan hanya setahun sekali sahaja.

Sayangi diri, sayangi keluarga.

Jika ada para suami yang mungkin membaca tulisan ini, rajin-rajinkan diri bertanya pada isteri,

“Sayang sudah lakukan pap smear? “

Oleh : Dr Najwa Hamidi.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: