9 langkah yang perlu kita lakukan jika hidung anak berdarah secara tiba-tiba.

Pernah tak kita alami situasi cemas begini?

PANIK bila lihat hidung anak berdarah?

Hari ini saya nak kongsikan 9 langkah yang perlu kita lakukan jika hidung anak berdarah secara tiba-tiba.

Sofea tak ke tadika hari ini. Dah siap pakai uniform, hidung kiri berdarah tiba-tiba. Banyak. Semalam berdarah di sekolah. Alhamdulillah anak dah tak panik sebab hal begini kerap juga berlaku.

APA NAK BUAT JIKA HIDUNG ANAK BERDARAH TIBA-TIBA?

1. Tenangkan anak. Elakkan panik.

2. Dudukkan anak dalam keadaan tegak dan kepala sedikit tunduk ke depan.

3. Elak dongakkan kepala anak atau baring kerana darah akan mengalir ke belakang tekak dan boleh sebabkan anak muntah. Rasa darah ditekak memang tak sedap ok!

4. Picit bahagian hidung depan (bahagian hidung lembut, bukan yang keras bertulang). Ini bantu berhentikan pendarahan dengan cara menekan atau ‘compression’. Lakukan selama 5-10 minit. Dalam masa yang sama minta anak bernafas ikut mulut.

5. Elakkan picit sekejap-sekejap dan buka untuk lihat sama ada pendarahan sudah berhenti atau belum. Terus sahaja picit tanpa berhenti selama 5 minit.

6. Boleh juga letak ‘cold compress’ dengan ais misalnya. Letakkan di hidung sambil terus picit bahagian tadi.

7. Bila pendarahan berhenti, cuci hidung dengan perlahan (lap saki baki darah @ blood clot)

8. Pesan pada anak, elak gosok hidung dengan kuat, elak korek hidung dan elak hembus (blow) dengan kuat.

9. Jika pendarahan tak berhenti dalam masa 10 minit, bawa terus berjumpa doktor.

====

Kenapa anak-anak kecil mudah berdarah hidung?

Di bahagian depan lubang hidung terdapat saluran darah halus. Ia selalu jadi punca pendarahan.

====

Pendarahan boleh jadi atas banyak sebab. Antaranya ialah :

1. Persekitaran udara panas kering – menyebabkan dinding membran dalam hidung menjadi kering, dan mudah berlaku iritasi.
2. Korek hidung.
3. Hembus dengan kuat.
4. Flu/alergi.
5. Trauma atau cedera pada hidung.
6. Objek asing masuk dalam hidung.

====

Anak-anak saya ada simptom alahan. Allergic rhinitis. Mudah bersin. Hidung sumbat. Lagi pula memang ada sejarah keluarga asthma.

Irfan, Alya, Sofea ; memang ketiganya pernah lalui episod hidung berdarah.

Kalau di sekolah, cikgu akan telefon minta ambil anak. Alya bukan main suka lagi bila cikgu suruh balik. Huhu.

===

Najwa Hamidi
Yang penting ; usah panik.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: