Ada apa di Sungai Petani, Kedah?
Selain Tanjung Dawai yang terkenal dengan hasil laut dan Tapak Peninggalan Bersejarah Tamadun Terawal di Asia Tenggara yang terletak di Merbok, ada banyak lagi tempat menarik yang boleh dijelajah.
Untuk kelainan,
Apa kata cuba pula naik ke Bukit Banyan Hill Park yang terletak di kawasan perumahan baru di Bukit Banyan Sg Petani.
Ia sangat sesuai dijadikan tempat beriadah bersama keluarga. Selain adanya trek berbasikal, anda boleh berjoging sementara anak-anak gembira bermain di playground.
Yang menjadi kegemaran kami ialah menanti waktu sunset yang cantik. Dari kejauhan, kita boleh melihat Gunung Jerai yang langitnya indah dibias cahaya matahari terbenam.
Ia juga pilihan jurugambar bagi sesi outdoor bersama pengantin.

kerana Abi tak selamanya ada.

Jom lihat video sunset yang sempat kami rakamkan. Boleh terus subscribe untuk lihat video-video kami yang lain.