Sekolah Hidup

Kawan saya pernah bertanya, “Kenapa asyik berpindah tempat kerja? Dapat offer lebih ke macam mana?”.

Sebenarnya soalan yang begini adalah perkara yang paling malas untuk dijawab. Ada benarnya, kekerapan bertukar tempat kerja secara sudut pandang ‘negatif’ seolah-olah seseorang ini tidak perform atau erti kata lain pekerja yang bermasalah. Sedangkan hal ini tidak benar bagi diri saya (sekurang-kurangnya saya kenal diri sendiri hehe).

Secara positifnya pula, pendapat sesetengah orang ianya kerana mendapat peluang lebih baik dengan ganjaran gaji yang lebih lumayan.

Sebenarnya, semakin menginjak usia, semakin saya mengenali diri sendiri. Malah matlamat hidup itu menjadi lebih jelas. Saya bukan lagi pada usia 20-an yang pada waktu itu lebih memandang ‘berapa banyak gaji yang dapat dan berapa banyak benda boleh beli’.

Pada usia begini, ganjaran gaji itu perlu bersesuaian dengan waktu (jam) bekerja dan berapa banyak waktu yang saya boleh beri kepada anak-anak dan keluarga. Rendah sikit pun tak mengapa asal menyenangkan. After all, money can’t buy everything.

Apabila kita kekal pada satu-satu tempat, akhirnya kita akan ‘stagnant’. Sedangkan ada banyak lagi cabang baru yang kita perlu belajar dan harus teroka. Hadir rasa syukur apabila kita terpilih untuk melalui jalan-jalan yang penuh cabaran. Walaupun pada mulanya mungkin ia agak sukar, tetapi kesukaran itulah yang akan membuatkan kita lebih cekal dan sabar.

Apa yang masih saya pegang dan amalkan ialah apabila kita diamanahkan untuk bekerja:

  • Datang awal. Apabila sampai, kita ada masa untuk berehat sebentar sambil menikmati sarapan.
  • Bermula kerja pada waktu yang sepatutnya dan pulang tepat pada waktu yang ditetapkan. Jujurnya, pada tahun-tahun awal saya bekerja tetap, saya juga pernah culas , balik awal sebelum waktu. Kemudian Allah jentik hati saya, rezeki inilah yang bakal saya suapkan ke mulut anak-anak, maka saya berubah. Semoga Allah terus menjaga hati saya.
  • Amanah majikan saya jaga. Saya hanya mahukan keberkatan. Jika tidak, sia-sialah usaha saya.

Sampai usia begini, jika ada yang tidak kena, saya akan cuba elak bertelingkah. Tegur sekali, jika tak mahu dengar, biarkan saja.

“I am thankful for all those difficult people in my life . They have shown me exactly who i do not want to be”.

Kebelakangan ini ada satu ayat doa yang saya tak akan lupa sebut setiap kali selepas solat. Saya meminta semoga Allah sentiasa menjauhkan saya dari bebanan hutang dan penindasan orang .

Alhamdulillah, di bulan Ramadan yang penuh keberkatan ini ada doa yang diperkenankan. Hari ini hari terakhir bulan Mei 2019. Esok saya ada kejutan. Dengan izin Allah, 3 bulan dari sekarang saya akan bermula ditempat baru lagi. Doakan saya boleh berbuat lebih banyak kebajikan di masa hadapan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: