Cuba lihat 5 langkah ini. Ibu bapa kita mungkin tersenarai dalam penerima PEMERIKSAAN KESIHATAN PERCUMA DI KLINIK SWASTA TERPILIH.

Adakah ibu bapa kita merupakan penerima Bantuan Saraan Hidup dan berumur 50 tahun dan ke atas?

Jika YA, mereka boleh jalani pemeriksaan kesihatan dan ujian darah secara PERCUMA di klinik-klinik swasta yang berdaftar dengan program PeKaB40 ini.

Perlu mendaftar ke? TAK PERLU.
Pendaftaran adalah automatik (jika ibu bapa kita tersenarai sebagai penerima Bantuan Sara Hidup).

Jadi apa yang kita (sebagai anak) perlu buat?

1. Masuk ke laman web http://www.pekab40.com.my

2. Klik button ‘semakan kelayakan’ dan masukkan nombor kad pengenalan ibu bapa. Jika tersenarai, bolehlah dapatkan pemeriksaan kesihatan dan ujian darah PERCUMA.

3. Di bawah sana anda boleh klik bahagian ‘Klinik PekaB40‘ untuk melihat senarai Klinik swasta yang berdekatan. Tiada sebarang bayaran dikenakan.

4. Apabila keputusan darah siap, kita perlu berjumpa semula dengan doktor. Andaikata disahkan menghidapi sebarang penyakit, contohnya kencing manis dan perlukan rawatan, pesakit akan dirujuk ke Klinik Kesihatan bagi rawatan susulan.

5. Jika pesakit sendiri bersetuju untuk dirawat oleh Klinik Swasta tersebut maka pesakit perlu membayar kos rawatan itu sendiri.

Program ini sudah pun berjalan sejak April 2019. Bagi saya ianya bermanfaat terutama sekali bagi mereka yang belum pernah jalani pemeriksaan kesihatan sebelum ini.

.

.

Habaq kat mak ayah kita.
Bolehlah depa pi cek.

Semoga bermanfaat.
Boleh share pada kawan-kawan yang mungkin belum tahu.
.
.
Najwa Hamidi

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s