Matlamat tidak menghalalkan cara.

Kadangkala memang terfikir, mengapa ini jalan yang Tuhan tentukan untuk saya.

Kadang terasa perit sekali. Sakitnya jatuh, lukanya berdarah hingga meninggalkan parut.

Adakala emosi mengatasi gerak akal dalam membuat pilihan. Hanya selepas seketika masa, saat fikiran lebih rasional, akan nampaklah jalan-jalan terbentang.

Benarlah, Allah menduga kerana Dia sayang. Kerana Dia mahu mengingatkan.

Dalam sesuatu perkara, jika kita dalami hikmahnya, di akhir jalan pasti membuahkan syukur.

.

.

.

Zaman ini, ada yang tak sesal pun jika amanah dikhianati asalkan matlamat digenggam.

Tipu sana, tipu sini.

Pusing sana, pusing sini.

Mereka yang tak mahu mengikut dan bersetuju dengan jalan pincang itulah yang dilihat sebagai penentang.

Susah nak kekal jujur. Kerana jujur itu kelihatan dianggap tidak sehaluan dan seolah-olah tidak berpandangan ke depan.

.

.

Awak,

Matlamat tetap tak menghalalkan cara.

2 Replies to “Matlamat tidak menghalalkan cara.”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: