Beri anak gajet sebab takut anak ketinggalan akhirnya memberi padah.

Ada suatu hari, saya dengar Alya beryanyi kecil. Sah! Itu rentak lagu blackpink!

“Kakak, kakak tahu dari mana lagu tu?”

“Dari handphone lama abi lah”.

“Bila ibu dengan abi keluar, kakak tengok”. Sofea menambah cerita.

Sebenarnya dari dulu lagi kami tak berkenan nak beri gadjet kepada anak. Memang kami tak beli pun untuk mereka. Sejak dari awal lagi dah diberi arahan ‘handphone abi dengan ibu jangan sentuh’, dan mereka patuh.

Kerana itu, masa senggang Irfan ( anak sulung kami) banyak dihabiskan dengan membaca komik dan buku-buku cerita. Alhamdulillah adik-adik pun mula mengikut rentak abang.

Sehinggalah suatu hari, kami berasa takut anak ‘ketinggalan’. Tak pandai gunakan teknologi yang ada. Jadi kami buat keputusan gunakan handphone suami yang lama untuk dikongsi mereka bertiga.

Peringkat awal, nampak berjalan lancar. Hanya perkara tertentu sahaja dibenarkan contohnya You Tube education, lagu kanak-kanak, national geographic dan apa sahaja yang kami fikir bagus untuk perkembangan anak-anak.

Kami tetapkan masa supaya tak berebut dan bergaduh. Setiap seorang cuma boleh tengok selama 30 minit. Tukar-tukar. Walaupun dah disusun waktu, tetap ada drama rajuk dan tangis (bila tengah syok tengok handphone, waktu dah habis haha).

Tapi, itulah.
We are not the best parent.

Kadangkala anak-anak ditinggal sekejap dirumah terutama sekali waktu suami jemput saya balik kerja.

Anak-anak ini bijak.
Akalnya panjang.
Tak di ajar pun mereka cepat dapat.
Sifat ingin tahu mereka sangat banyak.
Pandai search di google.

Itulah dia. Hasilnya kakak pun pandailah nyanyi lagu Blackpink ( sah-sah pernah tengok video klipnya kan ).

Tapi bila depan kami, ketiga-tiga beradik ini senyap, tutup cerita. #coverline

Abang dah tak lagi pegang buku. Ketagih nak main game. Adegan berebut handphone juga makin ketara.

Akhirnya, fasa berkenalan dengan gadjet bertahan lebih kurang sebulan sahaja.
NO MORE HANDPHONE!

.
.
.

Jadi sekarang alhamdulillah.
Anak-anak tenang sikit. Biarlah rumah bersepah. Mainlah yang sepatutnya. Waktu petang keluar berkawan-kawan dengan anak-anak jiran.

Anak-anak dah kembali seperti sebelum ini.
Tunggu makanan di kedai mamak pun boleh baca buku. Hehe.
.
.

Pagi ini, bila saya terlihat perkongsian di Majalah Keluarga, terasa lega sangat di hati. Saya tahu, saya bukan sendiri.

#emaktakkejam

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: