Jam tepat 9.45pm. Saat saya mula galas beg menuju mesin punch card, ada orang menolak pintu masuk.
“Anak saya demam. Doktor ada lagi? “.
Saya lekas toleh ke kaunter pendaftaran. Saya lihat jam. 20 minit lagi keretapi akhir akan tinggalkan saya. Saya pandang staff di kaunter. Saya angguk. Terima kes.
Tak apalah. Tawakal.
Suami message. “Sempat ke?”
Hari tertinggal keretapi ini dah beberapa kali berlaku. Jadi hampir setiap malam waktu kerja suami akan standby untuk jemput jika terlambat.
.
.
.
Saya ping grab.
Grab sampai cepat.
Jalan lancar. Padahal kebiasaannya hari minggu jalan sesak dengan kereta.
Tuhan Maha Mendengar.
Alhamdulillah.
Sempat.
6 minit sebelum berlepas. 😅
#CeriteraDariSgPetaniKeAlorSetar