Klinik bantu berhenti merokok. Berjaya berhenti setelah berpuluh tahun merokok.

Mula merokok sejak usia 13 tahun. Nak salahkan siapa?

Baru tahu. Rupanya ada ya klinik berhenti merokok?

Bukan kisah nak hebah kekurangan diri, tapi inilah realiti. Saya tak pernah lagi tanya suami secara panjang lebar begini. Ini kali pertama. Yang rahsia dah tak lagi rahsia. Haha.

#quitsmoking ini tak mudah sebenarnya…

Boleh tengok perkongsian kami ini di youtube.

Setelah 7 tahun tahun berkahwin akhirnya suami menyatakan hasrat ingin berhenti merokok. Waktu itu saya masih berkhidmat di  salah sebuah Klinik Kesihatan di Pulau Pinang. Atas nekadnya, saya pun mendaftarkan nama suami di klinik berhenti merokok @ Quit Smoking Clinic.

Program di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia ini amatlah berguna kepada mereka yang tekad untuk berhenti merokok. Kita akan dibantu bermula dari sesi kaunseling dan seterusnya dengan bantuan ubatan seperti Nicotine Relacement Therapy (itupun jika perlu).

Semuanya dibawah pantauan dan nasihat Doktor dan Pegawai Pembantu Perubatan yang terlatih dalam mengendali klinik berhenti merokok ini.

Nak tahu lanjut dimana klinik berdekatan anda?

Anda boleh lihat di laman web ini jomquit.moh.gov.my 

Dari situ kita boleh lihat fasiliti perubatan yang mana (berdekatan dengan kawasan kita) yang ada menyediakan khidmat berhenti merokok.

.

.

Semoga lebih ramai lagi dapat berhenti merokok!

#mogabermanfaat
#quitsmokingclinic
#quitsmokingjourney
#najwasuhaimiVlog
#barefacechallenge

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s