Pasar Bisik Kuala Muda, Kedah.

Kami sampai di Jeti Pasar Bisik Kuala Muda sekitar jam 10pagi. Dah ramai yang menunggu bot nelayan tiba.

Ini kali pertama kami sampai ke sini. Ingin melihat sendiri, apa sebenarnya yang ada di Pasar Bisik ini.

Apabila bot nelayan sampai, hasil laut akan diangkat ke atas. Ada yang dilonggok diatas plastik. Banyak juga tu dalam satu longgokan.

Cubalah bisik pada orang tu.

Kata saya pada suami sambil menunjuk pada longgokan udang segar.

Tak pandai sebut harga sebenarnya. Ingatkan murah. Selonggok udang hampir cecah RM100. Berbaloi sebenarnya sebab udang bersaiz besar, banyak dan segar. Tapi bila fikir semula, banyak-banyak pun tak habis makan. Mungkin yang ramai-ramai tu peraih atau mereka yang punya kedai makan. Beli sekali banyak.

Akhirnya, kami tak beli apa pun. Sekadar seronok lihat aktiviti disini. Menarik.

Pemandangan pun cantik.

Jom tengok video kami disini,

Insyaallah. Ada rezeki akan sampai lagi. Mana tahu, lain kali boleh bisik harga tinggi. Bawa pulang hasil lumayan. Hehe.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s