Punyalah tekun membaca sampai carik sana sini helaian buku. Perlu dibaik pulih nampaknya buku Memulakan Bisnes Sendiri karya Pn. Ainon Mohd.
Satu lagi, saya juga suka buku The E Myth Physician ini. Sangat mengikat hati.
Buku ini juga menyentuh tentang bagaimana kita ini boleh jadi seorang doktor yang berjaya. Bukan kisah tentang duit dan keuntungan semata. Tetapi lebih kepada insan yang kuat rohani, merendah diri, punya ‘balance life’ antara kerjaya dan keluarga.
Dalam waktu yang sama kita mencari masa dan ruang untuk memberi semula kepada komuniti.
[ Teringat kembali kata suami saya sebelum ini ; Dimana kurangnya kita dalam memberi ilmu. Memberi tak semestinya material ]
Cari ‘VALUE OF YOURLIFE’.
Not only the life of a medical professional but the life of you as human being.
.
.
.
Semoga Tuhan merahmati kita semua walau dimana kita berada dan apa sahaja perkerjaan kita.
Najwa Hamidi