Cuti Tahun Baru Cina baru-baru ini kami tak pergi jauh.
Sempat juga ke Sedaka, Yan. Merasa sedapnya air nira nipah di Ladang Nipah Ismail Che Kar.
Duduk santai dan mendamaikan di bawah rimbunan pokok nipah.
Satu set jag besar air nira dihidang bersama semangkuk kacang tanah.
Ada menu laksa dan bihun goreng. Anda boleh juga order bihun goreng kuah laksa.
Lokasi :
Ladang Nipah Ismail Che Kaq,
Jalan Kuala Sedaka,
Kedah.
Waktu operasi:
Isnin – Khamis : 11am – 6pm
Jumaat : 2.30pm – 6pm
Rabu tutup.
.
.
Ada harinya akan cepat habis, terutamanya hujung minggu dan cuti umum kerana pelanggannya yang ramai.
Jadi, datanglah awal ya!
Untuk rombongan yang ramai, ada baiknya telefon dulu,
Pn Rohana 017 5542354