3D4D scan : waktu yang ideal/sesuai untuk buat.

Hari ini saya nak kongsikan waktu ‘ideal’ bagi ibu mengandung yang berhajat untuk melakukan scan 3d4d atau 5d.

Sekarang ini ada banyak klinik yang menawarkan servis scan 3d4d dan 5d.

Scan 3d4d atau 5d ini sebenarnya boleh dibuat seawal usia kandungan 22 minggu. Walaubagaimanapun pada peringkat awal, kemungkinan gambar belum cantik lagi (baby kurang chubby).

Waktu yang terbaik (dah chubby sikit hehe) untuk lihat muka baby ialah pada usia kandungan 28 – 32 minggu.

Kalau lebih 32 minggu masih boleh buat lagi?

Jawapan : Ya, Boleh.

Untuk scan 3d4d ini sebenarnya ada beberapa faktor limitasi yang perlu diambil kira.

Ada beberapa faktor yang mungkin menyebabkan sukar untuk mendapat gambar yang cantik. Contohnya seperti :-

1. Minggu kandungan – Jika semakin besar minggu kandungan, maka baby semakin padat. Mungkin agak sukar untuk dapat view yang cantik.

2. Kedudukan bayi.

3. Air ketuban.

4. Ketebalan dinding abdomen ibu.

5. Pengalaman sonographer atau doktor yang melakukan scan itu sendiri.

Selalunya, waktu buat scan 3d4d atau 5d, apalagi informasi yang ibu dapat?

Kebiasaanya, selain gambar dan CD, ibu akan dapat report perkembangan bayi yang lengkap termasuk berat, air ketuban, kedudukan uri, jantina (jika nampak).

Menarikkan?

Jom lekas dapatkan appointment bagi 3d4d scan.

Luv,

Dr Najwa.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s