Beberapa bulan lepas, saya bertemu seorang makcik yang mengadu periodnya kali ini agak pelik. Berketul-ketul dan banyak. Sebelum ini ok.
“Jom makcik saya tolong scan”.
Waktu scan saya berharap semua akan ok. Jika sekadar masalah hormon, boleh juga dirawat dengan hormon.
Tapi agak risau bila kelihatan dinding rahimnya sangat menebal dan saiz rahim membesar dari yang sepatutnya.
Apabila saya sampaikan ‘apa yang saya nampak di scan’, wajahnya yang gembira tadi kelihatan berubah.
“Makcik jangan risau dulu, kita rujuk ke Pakar, dengar pendapat mereka”.
Saya tepuk-tepuk bahu beliau. Mudahan kurang ketakutannya.
Kes terus dirujuk ke hospital bagi ujian lanjut.
===
Saya bertemu beliau semula sebulan selepas rujukan tersebut.
Kata beliau, dihospital, sample dari dinding rahim diambil.
Sesungguhnya, Tuhan sedang menguji makcik dan keluarganya.
Keputusan balik sahkan positif kanser rahim.
Walaupun begitu, saya memuji tindakan dan rawatan dari hospital yang agak cepat & operation bagi membuang rahim sudah pun dibuat.
==
Kanser rahim ini jika dikesan awal, pembedahan awal dapat meningkatkan survival dan kesembuhan.
Kebanyakannya dikesan awal apabila wanita mengalami pendarahan yang tidak normal.
Tanda-tanda yang perlu kita ambil tahu.
❌Pendarahan dari vagina selepas menopause
❌Pendarahan tak normal diantara waktu period
❌Vaginal discharge yang berlebihan/bercampur darah
❌Sakit bahagian pelvik
Berjumpalah dengan doktor jika ada mengalami simptom-simptom yang merisaukan kita.
Luv
Dr Najwa.
Assalamualaikum doktor..
Sy ingin bertanya, sy sudah mempunyai seorang anak cuma sekarang ni bila sy bersama suami kad pasti sy mengalami pendarahan.. Tidak merasa sakit cuma akan berdarah.. Perkara sudah berlaku dalam 6 bulan.. Tp tidak selalu.. Darah keluar bila bersama dan dlm 3hr selepas itu akan baik balik.dalam minggu ni sy mengalami pendarahan lepas bersama dan mengalami sakit perut di sekitar ari2 dan pinggang sebelah kiri.. Adakah ini tanda kanser rahim.sy takut untuk cek di hospital.
LikeLike
Minta maaf ikin sebab lewat reply. Untuk kes pendarahan selepas bersama memang dinasihatkan berjumpa Dr. Biasanya pap smear akan dibuat, pemeriksaan bahagian vagina (untuk kenal pasti punca pendarahan). Boleh buat ultrasound sekaligus. Dinasihatkan jumpa doktor ya.
LikeLike