Kerana Tuhan tak mengizinkan ia berlaku.
=====
“Cepatlah bangun.”
“Satgilah. Hangat lagi kot.”
Petang semalam, bila saya buka mata nampak suami dah galas beg sarung racket badminton. Memang janji nak main sekali.
Tapi saya sambung baring semula. Membuta lebih sedap.
Tak lama kemudian saya bangun bersiap. Semangat nak main badminton. Tapi suami pula baring-baring sambil tengok handphone.
“Cepatlah. Kata nak main tadi.”
“Dah dekat pukul 7. Esok je lah main. Tak pun minggu depan, bulan depan ka, tahun depan ka. “
Peh.
Pedas.
Tak kelakar ok jawapan macam tu.
Saya tutup sliding door kuat-kuat. Terus ambil basikal lama jenama Shamrock yang dah pun berkarat bahagian handle-nya. Muncung mulut panjang dah sampai ke rumah jiran depan.
Rasa nak pergi kayuh jauh-jauh. Duduklah playground mana-mana celah perumahan ni. Biar dia cari. Punyalah rasa panas hati.
Tak sampai selang 2 baris deretan rumah, tiba-tiba…
“Krek… Krek.. Krek.”
Damn.
Rantai sangkut.
Basikal berhenti tiba-tiba. Mujur tak jatuh.
Itulah, padah berdosa.
Sedih lalu patah balik.
Masuk rumah terus ke dapur. Pakai apron, tanak nasi, masak gulai telur dan sambal bilis.
.
.
Malamnya,
Lega tengok suami makan bertambah walaupun cuma lauk telur.
Selepas anak-anak bersiap masuk untuk tidur, kami keluar bermotor, ronda-ronda tengah pekan.
Akhirnya hilang rajuk dibawa angin malam.
Haha.
.
.
Itulah dia,
Rajuk orang berumur.
#blamethehormone