Tempat makan sedap di Kedah : Restoran Bersila Gulai Itik.

Kalau kita sampai Kedah, tak tahu dimana nak makan sedap,

Boleh cuba Restoran Bersila Gulai Itik, Yan Kedah.

Nak merasa gulai itik dan itik goreng sedap, memang kena cubalah makan sini.

Lama dah kami tunggu kedai ni buka. Mereka berniaga bila ada stok itik sahaja. Itik mereka bela sendiri. Kalau stok itik habis, memang tak merasalah. Berbulan juga menunggu itik matang baru kedai buka.

Tapi hebat kan?

Pelanggan tetap yang dah tahu keunikan rasa gulai itik dan itik goreng mereka, memang pakat tunggu kedai buka.

Inipun baru 2 hari beroperasi balik. Punyalah ramai orang waktu makan tengahari tadi.

Kalau yang dari jauh, ada baiknya anda telefon dulu dan order siap-siap. Nanti akak kedai akan simpankan. Lauk cepat habis macam goreng pisang panas. Serius.

Yang mana tak makan itik, jangan risau, ada lauk lain. Ayam goreng, ikan, daging, kerabu, ulam-ulaman dan lain-lain.

Lokasi :
Restoran Bersila Gulai Itik, Yan, Kedah.
(sebelah IBS Hardware Titi Serong)

*Kedai ni memang tak ada signboard tau. Boleh WAZE : RESTORAN BERSILA KARI ITIK atau IBS Hardware Titi Serong tu as a landmark.

Call/Whatsapp : 0125978469 (Kak Tie)

Boleh mula mai pukul 11.30am katanya.
Dalam pukul 3-3.30pm macam tu dah nak tutup.

Buka : Ahad – Khamis
Tutup : Jumaat & Sabtu.
.
.
Follow Fb Page : Jemput Makan Banyak resepi mudah dan review tempat makan yang dikongsi.

#jemputmakan
#jemputmakanresepi
#makansedapkedah

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: