Day Trip : Gunung Jerai, Kedah

Day Trip : Gunung Jerai, Kedah.

Bagi kawan-kawan yang belum pernah sampai ke Gunung Jerai, di atas sana ada The Regency Jerai Hill Resort.

Tapi kita boleh naik ke atas tanpa bermalam untuk nikmati keindahan alam dengan pemandangan hijau terbentang dengan ketinggian 986M dari aras laut.

Anginnya sejuk.
Alhamdulillah tak hujan.

Waktu kami sampai, awan tebal menutupi hampir keseluruhan pandangan ke bawah. Jadi tak dapat banyak gambar pemandangan.

(1) Untuk naik ke atas, kita boleh guna kenderaan sendiri. Pastikan kereta dalam keadaan baik ya. Jalannya berliku, selekohnya agak menakutkan. Hehe. Kami pernah naik dengan kereta sendiri beberapa tahun lepas.

(2) Kali ini kami sewa van dari bawah. 4 dewasa dan 5 kanak-kanak RM70 (harga termasuk naik dan turun).

(3) Untuk day trip, kita boleh duduk di atas sehingga jam 6pm. Bila nak turun, telefon semula pakcik van yang sama.

(4) Kemudahan seperti tandas, surau dan cafe ada di atas. Harga makanan memang lebih mahal, dah nama pun atas gunung, kan…

(5) Ada playground untuk kanak-kanak. Tengoklah, anak-anak kami energetik. Berlari ke sana sini. Tak duduk diam. *jenuh ligan.

(6) Kemudahan swimming pool hanya untuk Resort Guest.

(7) Aktiviti Flying Fox RM7 untuk kanak-kanak.

Untuk akan datang memang kami cadang nak bermalam. Tempat-tempat macam ni memang buat kita tenang. Detoks dari segala kekusutan.

Sedutlah udara segar banyak-banyak sebab nanti bila dah turun banyak benda yang buat sesak minda. Haha.

Sampai jumpa lagi!

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: