Dari Sg Petani ke Hatyai demi kelangsungan hidup

Pada mulanya aunty ni tegur saya..

“Kuatka beg ni?” sambil pegang beg bekal makanan saya.

“Tengok beg saya, sudah koyak. Takda kuat.”

Dia tunjuk bahagian begnya yang koyak ditepi dan dibahagian pemegangnya.

“Aunty nak pi mana?”

“Hatyai. Cari barang.”

Hairan juga. Dalam usianya begitu, ke Hatyai seorang sambil usung beg dan kotak.

Mujur mudah sekarang. Ke Hatyai cuma naik komuter dari Sg Petani ke Padang Besar. Kemudian tukar keretapi, dari sempadan Padang Besar terus ke Hatyai.

Katanya, kedai kopi tutup ahad. Jadi hari itulah dia ke sana, mencari barang niaga.

“Mee sana baguih. Buat kerabu memang sedap. Sini punya tak berapa.”

Saya perah otak. Mee apa pula buat kerabu. Baru teringat kerabu maggi pedas masam bikin potong perut sekali sekala. Haha.

Betullah. Yang dimaksudkan itu mee maggi. Kerabu maggi ya kawan-kawan.

Katanya, bancuh kopi jadi sedap bila dicampur dengan gula siam yang warnanya oren kekuningan. Saya cuba teka lagi, mesti gula yang selalu dicampur dalam somtam tu…

“Berapa harga gula la ni?”

Dia tengok tepat ke mata saya. Tapi kemudian nampak kecewa bila saya kata saya tak ingat. Dah lama tak beli gula putih. Nak teka pun tak berani. Haihh.

Rasanya, soalan harga gula itu sekadar menguji saya. Aunty ada kedai kopi, tentu tahu harga gula berapa.

Bertolak pagi dari Sg Petani dan balik semula petang. Esoknya kedai kopi beroperasi semula.

Membayangkan dia bakal pulang dengan kotak berat dipenuhi barang jadi sayu pula hati ni. Dalam usia sebegini, masih kuat berusaha demi kelangsungan hidup.
.
.
Apalah lagi alasan kita nak bermalas-malasan.

#CeriteraDariSgPetaniKeAlorSetar

2 Replies to “Dari Sg Petani ke Hatyai demi kelangsungan hidup”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s