KUKUS @ STEAM BROKOLI DENGAN CEPAT DAN KEKAL RANGUP DENGAN MICROWAVE.
Siapa suka makan brokoli?
Tahukah anda apabila brokoli direbus, kebanyakan nutrien akan serap masuk ke dalam kuah.
Ada masanya brokoli pun jadi lembik akibat terlajak rebus.
Jom saya kongsikan,
3 minit sahaja guna microwave. 👇
1. Masukkan dalam bekas kaca atau yang boleh masuk microwave.
2. Masukkan 4 sudu makan air.
3. Tutup dengan pinggan yang boleh masuk dalam microwave.
4. ON MICROWAVE selama 3-4 minit.
5. Hati-hati semasa keluarkan dari microwave. PANAS.
6. Anda boleh makan begitu sahaja, atau tabur sedikit garam + pepper + sedikit butter. Kacau dan hidang. Nyummy!
Boleh kongsikan cara diatas dengan kawan-kawan yang sukakan healthy food yang senang dan mudah disediakan.