IKHTIAR HAMIL DAN RAWATAN KESUBURAN ALOR SETAR, KEDAH.

Alhamdulillah. Tahniah diucapkan kepada pasangan ini kerana berjaya hamil selepas 3 bulan menjalani rawatan di Eva Emily Clinic, Alor Setar.

Team Eva Emily amat gembira kerana menjadi sebahagian daripada perjalanan yang manis ini.

_

Pasangan suami isteri yang baru berkahwin mahupun yang sudah lama berumah tangga pasti mahu memiliki cahaya mata sendiri.

Namun, ada yang diuji apabila masih belum diberikan rezeki anak untuk ditatang dan disayang.

Sekarang ini, pelbagai rawatan kesuburan disediakan bagi membantu proses kehamilan.

Walaupun begitu, anda dan pasangan perlu mendapatkan nasihat dan konsultasi doktor dalam memilih rawatan kesuburan yang bersesuaian.

Bila perlu mula jalani rawatan?

  1. Bagi pasangan yang kurang dari 35 tahun, jika sudah setahun berkahwin tetapi belum dikurnia cahaya mata.
  2. Bagi pasangan berumur 35 tahun dan ke atas, jika sudah 6 bulan berkahwin tetapi belum dikurnia cahaya mata.

Antara perkara penting yang mungkin dibincangkan bersama doktor ialah:

Sejarah perubatan dan sosial pasangan seperti penyakit sedia ada seperti diabetes atau darah tinggi. Merokok dan pengambilan alkohol juga diambil kira.

Isu berkaitan period. Ada antara mereka yang perlu ubatan bagi melancarkan period dahulu. Adalah lebih mudah jika sebelum menjalani rawatan, para isteri dapat mencatatkan setiap tarikh period di kalendar.

Kaedah kiraan waktu subur yang betul dan waktu yang sesuai untuk pasangan bersama.

Ultrasound bahagian peranakan bagi melihat struktur rahim dan ovari. Ada antara mereka yang mengalami masalah PCOS (polycystic ovarian syndrome) atau Endometriosis yang secara tak langsung menyebabkan masalah sukar hamil.

Ujian darah bagi melihat paras hormon.

Ujian semen analysis (pemeriksaan air mani bagi suami)

_

Jika perlu, para isteri mungkin dinasihatkan mengambil ubat kesuburan seperti clomid.

Bagi suami, mungkin disyorkan untuk mengambil vitamin-vitamin tertentu bagi menambah baik kualiti sperma.

_

Rawatan kesuburan ini adalah berperingkat. Ianya tidaklah bermaksud terus ke IUI atau IVF.

Ada pasangan yang berjaya dengan hanya nasihat dan kiraan waktu subur yang betul.

Ada yang berjaya selepas mula ubat kesuburan.

Biarpun begitu, bukan semua pasangan sama. Kita cuma berusaha. Allah jua yang menentukan.

_

Jika tidak berhasil, pasangan akan di rujuk kepada Pakar di hospital bagi rawatan seterusnya.

Mungkin perlu jalani Hysterosalpingogram (HSG) bagi melihat samaada terdapat masalah atau sumbat pada laluan tiub fallopio.

Di hospital terdapat rawatan seperti IUI dan IVF.

IUI bermaksud sperma suami diambil, dan dimasukkan ke dalam rahim isteri bagi membantu persenyawaan berlaku.

IVF pula bermaksud ovum isteri dan sperma suami dikeluarkan, dan disenyawakan diluar (tabung uji). Ia kemudiannya dimasukkan semula ke rahim si ibu.

======

Saya cuba ringkaskan penerangan diatas supaya mudah difahami dan akan cuba membantu seboleh mungkin.

Boleh kongsi info ini dengan kawan-kawan atau saudara mara yang sedang ikhtiar hamil.

Dr Najwa.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s