Perkhidmatan Scan Mengandung di Klinik Eva Emily, Alor Setar. Klinik Ibu Mengandung dan Seisi Keluarga

Bila ujian urine pregnancy POSITIF, mesti rasa teruja dan tak sabar nak tengok baby kan?

Langkah pertama yang dicadangkan ialah kita ke klinik terdekat untuk sahkan kehamilan. Jika waktunya sesuai, tentu doktor cadangkan untuk lakukan scan atau ultrasound.

Scan awal kehamilan adalah penting bagi :

  • Menentukan lokasi kantung janin samaada didalam atau luar rahim.
  • Saiz dan minggu kandungan seterusnya dapat tarikh Due Date yang tepat.

Ia boleh dilakukan seawal usia 6 minggu kandungan (transabdominal scan). Bagi kandungan yang lebih awal seperti usia 4-5 minggu, scan melalui vagina (transvaginal scan) mungkin membantu.

====

Bagi mereka yang berada di utara, tentunya gembira bila adanya Perkhidmatan Scan Mengandung di Klinik Eva Emily, Alor Setar.

Ia bukan sekadar Klinik Ibu Mengandung, tetapi merupakan Klinik Keluarga yang menyediakan rawatan bagi orang dewasa, lelaki dan perempuan serta kanak-kanak.

Klinik yang telah beroperasi sejak tahun 2017 ini merupakan pilihan para wanita Alor Setar dan kawasan berdekatan kerana mereka boleh melakukan rutin antenatal check up setiap bulan disini.

Amat mudah bagi ibu-ibu bekerja yang hanya sempat melakukan follow up pregnancy selepas habis waktu bekerja. Lebih menyenangkan kerana klinik ini dibuka sehingga jam 10 malam.

Selain Scan 2D biasa, ramai yang memilih untuk lakukan Scan 3D4D di situ.

Dapatlah ibu-ibu melihat wajah anak dalam kandungan. Ada yang teruja dan menangis terharu melihat pergerakan bayi dalam bentuk 4D.

Klinik Eva Emily menyediakan doktor-doktor wanita muslimah yang berpengalaman mengendali kes-kes ibu mengandung serta masalah berkaitan sakit puan dan kesuburan.

Jadi kuranglah isu segan atau malu untuk bercerita lanjut mengenai masalah wanita. Para suami juga senang hati.

Bagi pasangan yang sudah lama berkahwin tetapi masih belum mempunyai cahaya mata atau mempunyai masalah kesuburan, apakata anda ke Klinik Eva Emily ini bagi mendapat panduan dan nasihat serta rawatan jika perlu.

Bagi wanita yang inginkan nasihat tentang pemilihan langkah mencegah kehamilan (Perancang Keluarga) bolehlah ke situ kerana selain Pil Perancang, ada juga cucuk hormon setiap 3 bulan dan pemasangan implanon.

Selain itu, anda juga boleh bawa anak perempuan untuk berkhatan di klinik.

Rawatan lain juga ada di klinik bagi pesakit dewasa lelaki dan kanak-kanak seperti rawatan demam, batuk, selsema, asthma, nebulizer, ujian darah, ECG, Scan abdomen dan buah pinggang serta banyak lagi.

_

=============

Lokasi :

Eva Emily Clinic

No 47, Kompleks Perniagaan Sultan Abdul Hamid, Persiaran Sultan Abdul Hamid, Jalan Pegawai, 05050 Alor Setar, Kedah

Tel :+60 16-388 0049

Buka setiap hari.

Isnin – Rabu : 9am – 6pm

Khamis – Ahad : 9am – 10pm

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s