Mengapa ramai yang suka dan pilih Implanon

Kalau bercerita tentang kaedah perancang keluarga, tentunya kita maklum terdapat banyak jenis dan pilihan yang kita ada. Contohnya seperti Pil, IUCD atau alat dalam rahim, cucuk Depo Provera dan Implanon.

Mengapa ramai yang suka dan pilih implanon sebagai pilihan?

Disini saya kongsikan kebaikan dan kelebihan implanon.

✅Antara kaedah perancang yang berkesan dalam mencegah kehamilan (>99% efektif)

✅Sekali pasang tahan 3 tahun.

✅Sesuai sangat untuk mereka yang selalu lupa makan ubat atau yang lepas Caesar (bersalin operate).

✅ Tak ganggu penghasilan susu ibu. Jadi sesuai untuk ibu yang breastfeeding.

✅Nak capai balik kesuburan pun cepat. Kalau nak mengandung semula, kita buka implanon, kesuburan kembali seperti biasa. Ada juga yang mengambil sedikit masa sementara hormon kembali stabil.

Bentuknya macam ‘rod’ kecil yang mengandungi hormon – saiz seperti batang mancis. Kita masukkan dibawah lapisan kulit. Jangan risau, prosedur ini tak sakit (diberi bius). Nak masukkan mudah. Sekejap ja siap!

Boleh tengok video masukkan implanon dibawah.

Harganya diantara RM 500-700.

Anda boleh pasang implanon di cawangan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) atau mana-mana klinik swasta yang mempunyai servis tersebut.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s