Kalau kawan-kawan merupakan food hunter ataupun mereka yang baru berjinak-jinak dengan memasak, Jemput Makan Page yang khas bagi resepi mudah dan review tempat makan ini pasti membantu.
Klik sini untuk follow Jemput Makan Page.
Selain daripada perkongsian resepi-resepi mudah seperti lauk-pauk harian dalam bentuk bergambar, ada juga video-video resepi yang mudah diikuti.
Bolehlah para isteri, ibu mencuba dirumah.
Antara resepi signature admin Jemput Makan Page adalah Serunding Bilis Halia yang merupakan olahan asal beliau sendiri waktu berniaga Serunding Bilis Halia sebelum ini dan mendapat sambutan yang sangat baik.
Resepi Spagheti Keju Berempah oleh Jemput Makan merupakan video paling banyak view setakat ini. Kebanyakan mereka yang tinggalkan komen gembira dengan rasa spagheti keju berempah pedas yang lemak berkrim.
Antara lain yang boleh dicuba adalah Mee Kari Seafood ala Ipoh Style yang telah diolah bahan-bahan utamanya. Simple tapi sedap.
Lain-lain resepi seperti gambar dibawah.
Selain resepi mudah banyak juga post berkenaan review tempat makan atau restoran yang pernah diterjah oleh admin page sendiri. Rasa dulu, baru boleh komen dan share. Yang sedap akan dikongsi bersama follower.
Yang mana tak sedap, tak akan dikongsi. Adil, kan?. Prinsip Jemput Makan Page ialah sedaya upaya elakkan posting berbaur negatif atau memburukkan kedai makan. Kalau ada yang tak kena, terus sampaikan kepada owner kedai supaya boleh diperbaiki kelemahan.
Antara review tempat makan yang dikongsi ialah :




Ada banyak lagi post berkenaan review tempat makan ni.
YA BETUL,
Selera kita mana mungkin sama. Sedap bagi kita belum tentu boleh diterima orang lain.
Tapi, apa salahnya mencuba, kan?
Jom kawan-kawan, kita follow FB page JEMPUT MAKAN.
atau Instagram @jemput_makan.
Sebarang pertanyaan atau review anda boleh terus PM Jemput Makan ya!