Terkejut selepas melihat hebahan berita di tv, seorang anak datang kelmarin bawa kedua ibu bapanya.
Mahu buat pemeriksaan kesihatan kata beliau.
Rupanya mereka mengambil supplement berbentuk jus yang baru-baru ini dihentikan serta merta penjualannya akibat mengandungi bahan terlarang iaitu steroid (dexamethasone + prednisolone).
Daripada Kenyataan Akhbar KPK 24 September 2018 – Larangan Jualan Produk Jus Al Sunnah, Jus Al Sunnah Gold dan Jus Penawar, syarikat pengeluar jus tersebut dikhabarkan tidak wujud.
Kawan-kawan,
Kesan pengambilan steroid dalam jangka panjang memang boleh mendatangkan kesan sampingan yang memudaratkan.
- Peningkatan gula dalam darah, diabetes.
- Tekanan darah tinggi.
- Peningkatan berat badan mendadak.
- Cushing.
- Rapuh tulang, osteoporosis.
- Katarak.
- Peningkatan risiko jangkitan (akibat kurangnya ketahanan badan terhadap infeksi)
..dan lain-lain.
Sekadar mengingatkan, ini bukanlah post menuding salah siapa. Blaming game ini selalunya takkan pernah habis.
#takehomemessage
Saya mahu mengajak kawan-kawan lihat semula apa yang kita ambil.
Rajin-rajin bertanya pada mak ayah kita, supplement apa yang mereka ambil, namanya, jenisnya, fungsinya.
Kalau mak ayah kita tak tahu atau tak faham, sekurang-kurangnya kita ini celik dan berpengetahuan.
Pilihan di tangan kita.